Tuesday, December 04, 2007

al-Qaradhawi : Siapa kata Assyaerah sesat?

Aqidah Assyaerah dikaitkan pengasasnya Abu Hasan Assya'ri, yang sebelum itu berpegang kepada aqidah Muktazilah, dan selepasnya mengikut fahaman Ahli Sunnah wa al-Jamaah pada peringkat akhir hidupnya, sebagaimana didapati didalam salah satu buku terakhirnya al-Ibanah. Ia diasaskan dengan kaedah beriman dengan Sifat Allah yang sesuai dengan dirinya, takwil maknanya, dan melarang sesuatu menyerupainya. Aqidah ini diterima ramai dikalangan orang Islam.

Perselisihan yang timbul adalah berkenaan dengan mengtakwil sifat-sifat Allah swt, Dikaitkan perselisihan diantara Aqidah Salaf dan Aqidah Khalaf. Apakah mereka ini sesat atau kafir? Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa :- walaupun saya cenderung kepada pandangan salaf mengenai isu sifat, tetapi saya tidak mengkafir, menyesatkDDan dan menganggap kaum Khalaf sebagai berdosa kerana melakukan takwil. Sesungguhnya khilaf itu berpunca didalam isu bahasa arab dan memahami nas-nas Quran dan Sunnah.

Bagi al-Qaradhawi, tidak dipertikaikan, bahawa ulama'-ulama' yang melakukan takwil merupakan mereka yang tidak diragukan keikhlasan dan nasihat mereka, kerana Allah dan Rasulnya.,Mereka beriman dengan sifat Allah yang Maha Sempurna dan Suci dari segala kekurangan. Mereka beriman dengan Nabi-Nabi, Hari Akhirat dan al-Quran sebagai firman Allah yang tidak ada kebatilan. Oleh itu, berdasarkan ilmu, jtihad dan pemahaman mereka terdapat bidang aqidah, maka tidak pelik mereka berbeza pandangan tentang hal itu.,

Kata al-Syiekh lagi, setiap orang yang berilmu yang melakukan ijtihad didalam agama Allah dan mencari kebenaran. Ijtihad adalah perkara yang maklum didalam agama Islam. Mereka akan memperolehi satu atau dua pahala. Satu pahala jika dia tersilap, dan dua pahala jika mereka benar, Tidak ada permasalahan ilmiyyah dan amaliyyah, serta perkara usuliyyah dan furu'iyah. Sebagaimana pekara tersebut telah dijelaskan oleh Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dll.

Selanjutnya syiekh menyebut bahawa perbezaan ini bukanlah besar sangat sebagaimana yang digambarkan.
---------------------

Syiekh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah kita ketika ditanya mengenai pandang al-Qardhawi terhadap Asyaerah, beliau mengatakan :

أمّا أستاذنا الشيخ يوسف القرضاوي فهو كما نعلم على عقيدة السلف التي تقوم على الإيمان بصفات الله التي وصف بها نفسه بغير تأويل ولا تعطيل. وهو لا ينكر عقيدة الأشاعرة، بل يعتبرها صحيحة مقبولة إن شاء الله، لكن عقيدة السلف أصحّ منها.
"Bagi Ustaz kami, al-Syiekh al-Qardhawi dia sebagaimana yang kami tahu berpegang kepada aqidah salaf yang berdiri diatas beriman kepada sifat-sifat Allah, sebagaimana dia mensifatkan dirinya, tanpa Takwil dan Ta'thil. Dia tidak menginkari Aqidah Asyaerah, bahkan aqidahnya masih dianggap sahih diterima Allah, Insya-Allah. Akan tetapi aqidah salaf bagi beliau adalah lebih benar". [Fatwa IslamOnline]

----------------
Dua manhaj ini berbeza dari segi pengistilahan dan pentafsiran kepada al-Quran dan Sunnah Nabi . Kumpulan Asyaerah sudah banyak berjuang didalam membersihkan sifat-sifat Allah dari ahli-ahli kalam dan falsafah pada zaman itu. Ini merupakan pandangan dan ijitihad masing2. Yang amat ditegah adalah berlebih-lebihan didalam mentakwilkan sifat-sifat Allah berdasarkan akal fikiran mereka.

Tidak ada perbezaan yang besar diantara Khalaf dan Salaf

Syiekh Rashid Ridha menjelaskan bahawa sebenarnya tidak wujud permasalahan pun didalam aqidah ini. Bagi beliau, nama-nama dan sifat-sifat yang Allah nyatakan, adalah istilah-istilah yang digunakan oleh Makhluk. Sebabnya jika Allah swt melafazkan sifat-sifatnya dalam bentuk khusus, nescaya sedikitpun tidak akan difahami oleh manusia.

Menurut al-Qaradhawi, permasalahan ini perlu dilihat dengan teliti dan penuh kesabaran, tanpa melakukan keputusan atau tindakan yang tergesa-gesa. Bagi beliau, jika dilihat perbahasan yang dibuat oleh ahli tahqiq, bahawasanya terdapat DUA persamaan penting didalam dua aqidah ini:-

a. 2 golongan yang disebut adalah kaum SALAF dan kaum KHALAF, ahli Hadith dan ahli Kalam, ia itu orang yang melakukan TAFWIDH dan TAKWIL, atau boleh dikatakan mereka yang melakukan ITSBAT dan TAKWIL berasaskan MEMBESARKAN, MEMULIAKAN dan MENSUCIKAN ALLAH. Allah memiliki sifat sempurna yang memang layak baginya, serta tidak memiliki sifat-sifat kekurangan yang tidak layak baginya.

Kedua-dua golongan ini berpendapat bahawa sikap ini adalah aqidah yang sebenar! Tidak diragui dan tidak diperselisihkan.

Mengambil Ijtihad dan tujuan Mensucikan Allah dalam sifat-sifatnya, maka mereka MENAFIKAN sifat-sifat tersebut. Mereka membersihkan sifat Allah dari perkara-perkara yang tidak berasal dari Islam, baik dari pengaruh agama lain dan pemikiran falsafah.

Ahli-Ahli hadith atau kaum salaf mendahulukan kaedah pengagungan kepada Allah swt, al-Quran dan hadith2 Nabi . Mereka membiarkan hal demikian sesuai dengan sebagaimana Allah mensifatkan dirinya.

Ahli Kalam pula mendahulukan kaedah pengagungan pensucian dan menafikan penyerupaan kepada Allah swt, dengan cara melakukan takwil. Mereka ingin menafikan segala kekurangan den penyerupaan terhadap Allah swt.

b. Jika dilihat secara mendalam, kedua-dua pihak ini melakukan TAKWIL. Cuma bezanya, ahli hadith melakukan TAKWIL IJMALI dan ahli kalam melakukan TAKWIL TAFSHILI.

Contohnya didalam ayat al-Quran yang menyetakan tentang tangan-tangan Allah swt eg:

- "Tangan Allah diatas tangan mereka" [al-Fath : 10]

- "Padahal, kedua tangan Allah terbuka" [al-Maa'idah : 64]

- "Yang telah kuciptakan dengan kedua tanganKu" [Shaad :75]

Kaum Salaf menjelaskan bahawa : Allah mempunyai tangan tetapi tidak sama dengan tangan kita. Ini merupakan satu bentuk takwil. Sebab apa yang difahami menurut bahasa arab bahawa 'tangan' adalah sebahagian dari anggota badan, Jika tangan tersebut dinafikan, dan Tangan Allah tidak sama dengan tangan makhluk, maka tidak dapat tidak ia merupakan satu keadah takwilan, atau TAKWIL IJMALI yang tidak disebut sebagai takwil.

Ahli takwil misalnya melarang manusia mengatakan Allah di langit kerana ingin mensucikan sifat-sifat Allah swt. Begitu juga ahli hadith melarang mempersoalkan makna "Allah di atas langit" dengan bermaksud beriman dengan sifat Allah sebagaimana ia mensifatkan dirinya. Ibn Taimiyah rh dan Ibn Qayyim mengatakan bahawa ARAH (di atas, kiri, kanan, bawah) membawa maksud dinisbahkan, dan bukan hakikat, Ini juga yang di maksudkan takwilan dari aspek yang berlainan. WA.

-------------------
Syiekh al-Qaradhawi menyatakan bahawa manhaj takwil merupakan anutan jumhur umat Islam. Mereka melakukan takwil sesuai dengan kehendak akal, dan bukan sebab mereka kurang pengetahuan agama. Dikalangan mereka merupakan Imam-Imam yang terbilang didalam agama Islam. Mereka ini terdiri dari pengikut Asya'ari, pengikut Imam Malik, pengikut Imam al-Syafie, beberapa dikalangan pengikut Mathuridiyyah dan juga Imam Hanafi. Begitu juga dengan kebanyakkan mufassirin (ahli tafsir) merupakan ahli takwil; termasuklah al-Qurthubi. al-Baidhawi, al-Alusi, Sayid Qutb, al-Maraghi, al-Syabuni dan ramai lagi.

Bahkan al-Qaradhawi berpendapat bahawa Ibn Jarir al-Thabari dan Ibn Kathir melakukan takwil kepada beberapa ayat-ayat sifat. WA.

Sekian, wassalam

Rujukan :

1. Ringkasan dari buku - Syiekh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Fushul fi al-Aqidati baina al-Salafi wa al-Khalafi. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2005. ms 144-148.

2. القرضاوي والأشاعرة
url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528615696

Monday, July 16, 2007

Qaradhawi : mengapa beliau tidak menghadiri Majma' al-Fiqh al-Islami di Malaysia?

[Majma' al-Fiqh al-Islami di Kuala Lumpur]

Apabila melihat kepada kertas kerja Majma' al-Fiqh al-Islami, ramai yang gembira mendapati
terdapatnya kertas kerja yang di tulis oleh seorang ulama' Qatar yang terkenal; Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Malang sekali, pada hari pertama, tidak langsung nampak kelibat beliau di perhimpunan tersebut. Maka disana pelbagai spekulasi yang dinyatakan.

Spekulasi yang agak popular adalah, Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi tidak suka dengan konsep Islam Hadhari yang popularkan oleh Malaysia, sebab itu beliau tidak datang. Rupa-rupa spekulasi demikian adalah meleset. Sheikh al-Qaradhawi akan menghadiri satu forum khas yang dibuat sempena peranan beliau sebagai ulama', yang diadakan di Doha pada 14 hingga 16 Julai 2007.

Walaubagaimana pun, Sheikh masih ingin melibatkan diri untuk menilai natijah dari sessi ini, iaitu Mengaktifkan peranan Zakat didalam menentang kemiskinan. Beliau menjelaskan bahawa peraturan zakat merupakan institusi keselamatan sosial yang pertama didunia. Barat hanya kenal istilah keselamatan sosial hanya pada tahun 1941.

Menurut salah seorang penganjur Forum Imam al-Qaradhawi, Syiekh Akram, forum ini dianjurkan oleh 3 badan utama, iaitu Pusat Antara bangsa Pertengahan, Fakulti Syariah University Qatar dan Pusat Sumbangan Islam didalam Ketamadunan. Ia akan melibat 9 perbincangan :-

1. Usul al-Din
2. Usul dan Maqasid
3. Fiqh dan Fatwa
4. Isu Ummah
5. Dakwah dan Kebangkitan
6. Islah dan Tajdid (Reform & Renewal)
7. Politik dan Ekonomi
8. al-Qaradhawi - sejarah beliau
9. Seni dan Media

Idea untuk membuat forum ini timbul dari pengumuman yang dibuat oleh Laman Web qaradawi.net pada 4 Februari 2007 yang ditujukan khas kepada semua murid-murid al-Qaradhawi samada formal atau tidak formal, yang belajar secara langsung dan tidak langsung, dimana mereka-mereka ini dipisahkan dari sempadan geografi, bahawa Sheikh al-Qaradhawi ingin mengenali mereka ini.

Sebagai respon kepada pengumuman ini, Forum ini diadakan di Doha pada hari Sabtu 14 Julai, dimana al-Qaradhawi sendiri ingin berjumpa murid-muridnya, dan mempunyai hubungan yang langsung dengan mereja baik secara spiritual dan secara intelektual.

Dikatakan ramai ulama' dari seluruh dunia telah menghadirkan diri di Qatar, untuk tidak ketinggalan bersama-sama dengan mentor mereka. Malahan, pada hari pertama (14 Julai 2007) berliau mengatakan : "Aku berfikir 2 kali mengenai idea forum ini kerana aku takut akan sorakan dan pujian akan sebenarnya menghapuskan amalan baikku di hari akhirat"

Al-Qaradhawi mengatakan bahawa beliau akan sentiasa menjadi 'murid' kepada ilmu pengetahuan. Kata beliau :"Aku lebih tahu akan diriku dari orang lain, dan aku akan sentiasa menjadi murid di lapangan ilmu pengetahuan sehinggalah hembusan nafasku yang terakhir".

Beliau juga mema'afkan mereka yang melakukan kesalahan kepadanya. Dan beliau juga memohon ma'af kepada mereka yang terasa dengan perkataan dan perbuatannya.
Forum mengenai Imam al-Qaradhawi
oleh Walid Abu Naga



Ahad, 15 Julai 2007. - Laman al-Qaradhawi

Tidak akan ada yang menuls mengenai Imam-Imam, melainkan hanya dilakukan oleh Imam, sebagaimana Abu Zahra didalam bukunya menulis mengenai Imam-Imam seperti Abu Hanifah, Malik, al-Syafie, Ahmad, Ibn Hazm, Ibn Taimiyah dan Jaafar, dan bukan mengenai mengenai kecerdikan melainkan kecerdikan al-Akkad : mengenai penghulu kita Muhammad :saw, Saidina Isa as, mengenai Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan Khalid ra.

Bagi murid yang menulis mengenai ustaznya, penuntut ilmu terhadap gurunya, maka apa yang ditulis tinggal sebagai keperluan kepada penilaian, arah tuju dan pembetulan. Maka dengan itu datang keperluan mengadakan forum 'Imam Qaradhawi' dikalangan murid-murid Qaradhawi yang diadakan pada hari Sabtu 14 Julai di Doha, yang mengabungkan antara murid-murid dan professor, diantara penulis dan tulisan mengenainya iaitu al-Fadhil Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi.

Sebenarnya, saya mendapati bahawa forum seperti ini sepatutnya telah diadakan beberapa tahun yang lalu, atau dekad yang lalu, tetapi saya mengharapkan agar forum ini menjadi pembukaan kepada sebuah lembaran, permulaan sinaran cahaya, bagaikan permulaan turunnya hujan (shower), dan langkah-langkah kearah jalan yang benar. Kita telah diajar dibanyak keadaan oleh Syiekh al-Qaradhawi - sessungguh kita adalah umat yang baik yang akan mati kerana Allah, akan tetapi yang lebih jauh dari itu, didalam beberapa kes, kita hidup kerananya; Dibandingkan dengan ini, saya berharap tidaklah ia satu piawai yang berbeza, Saya berkata : Para pendakwah akan dipimpin dalam muktamar ini mengenai dakwah mereka, dan bekerja kearah agar usaha-usaha mereka diterima pakai dan bersyukur, membantu dan menyokongnya - baik dari kalangan organisasi,instituisi dan individu. Akan tetapi keperhatinan yang sebenar, bagi pandanganku sekurang-kurangnya, bermula setelah tamatnya muktamar ini; mengekalkan perhubungan yang rapat, mengadakan mekanisme susulan yang boleh sampai kepada mereka, dan pastikan perlaksanaan yang 'bebas' akan mengambil tempat. Ini bukanlah satu usaha yang mudah dan kecil.

Qaradhawi telah membawa kepada kebangkitan pemuda, Umat Islam dan penuntut-penuntut ilmu - samada mereka bersetuju atau berselisih dengan beliau, malah kita hanya melihat mereka, akan tetapi kita tidak mengambil kira akan mereka. Saya terpaku dengan pena yang digoris oleh al-Fadhil Qaradhawi, takut jika beliau mengatakan : Ini adalah satu pujian kepada hajat, Aku telah menulis lebih dari 500 mukasurat mengenai Syiekh al-Qaradhawi, didalam tesis MA (Master) , suatu hari dulu perhubungan tersebut bagaikan pembaca dan penulisnya.

Bagaimana tidak, dikalangan kita yang tidak mempunyai sebab menulis mengenai al-Qaradhawi, sekurang-kurangmya berterima kasih disamping menyayanginya, mendekati dan mengenali al-Fadhil dan keluarganya. Beliau telah mencorakkan karektor Muslim di zaman moden ini, melalui puisi dan sajak beliau, ceramah dan buku-buku beliau, ketekunan dan usaha-usaha beliau.

Bagaimana tidak, Aku teringat bahawa setiap pagi di Institusi rendah al-Azhar kami membaca sajak al-Qaradawi, dan tidak kami tahu ianya untuk itu :-

Muslimun, Muslimun, Muslimun
Dimanakah kebenaran dan keadilan yang pernah dikecapi dulu
Kita meredhakan kematian dan menolak penghinaan
Demi jalan Allah, suatu pengorbanan yang manis

Bagaimana tidak, Dr al-Qaradhawi telah membiarkan hidung kita menghidu bau-bauan Fiqh, dahulu mereka berkata : Barangsiapa yang tidak mengetahui ikhtilaf (perbezaan pendapat) Fiqhnya, dia tidak akan menghidu bau-bauan Fiqh. Di peringkat Sekolah menengah atau Universiti, menghadiri teater mengenai kebangkitan pemuda-pemuda Islam, maka apabila mereka menggunakan Musik latarbelakang, mereka mengatakan bahawa al-Qaradhawi membenarkannya. Telah aku ketahui bahawa Musik adalah haram dari satu pandangan. Kemudian diketahui pula bahawa al-Qaradhawi bukan bersendirian didalam hal ini. Bersamanya adalah al-Ghazali, sebelumnya termasuklah Ibn Hazm, Al-Ezz Ibn Abdul Salam., Ibn Daqeeq, Abu Hamid al-Ghazali, Shawkani dan lain-lain.

Bagaimana tidak, al-Qardhawi telah membawa kebangkitan mereka yang mempunyai pemikiran tersendiri, dimana setiap jemaah ini memperkenalkan diri sebagai kumpulan yang benar, akan tetapi mereka bersendirian, dan jemaah lain semuanya salah. Mereka sahaja yang akan selamat dan yang lain akan berada didalam api nereka. Mereka mewajibkan semua jemaah bersatu dibawah bendera mereka. Maka al-Qaradhawi telah mengajar kita agar tiada halangan untuk pelbagai jenis kumpulan yang bekerja untuk Islam bekerjasama, selama mana kepelbagaian ini satu perbezaan dan pengkhususan, dan bukan pelbagaian yang bertentangan dan menimbulkan pertembungan yang banyak, Beliau telah mengajak kepada kesatuan agar pemikiran tersendiri ini tidak diperkatakan, dan agar perbezaan ini tidak mengganggu perkhidmatan Islam, selagi mana kita berdiri bahu dengan bahu didalam isu-isu yang besar. Agar semua kumpulan jemaah Islam komited dalam kerja-kerja Islam dan akan masuk Syurga, Insya-Allah.

Bagaimana tidak, Sheikh al-Qaradhawi telah memalingkin dirinya dari mereka yang cuba menikam belakang, melekehkannya, menjatuhkannya dan mengeluarkan beliau dari Ahli Sunnah wal Jamaah. Tidak juga mereka menjadi jemaah yang satu : Pada hari yang dikata Sheikh al-Qaradhawi diberhentikan dari menaikkan bendera sunnah, beliau telah mempertahannya, beliau telah menghalang dari berlakunya pertumpahan darah dari kalangan orang Islam, menjadikan setiap hati-hati mereka yang ada sebesar atom keikhlasan mula memuji al-Sheikh dan membantu dakwahnya.

Jika al-Sya'rawi pernah membawa kita hampir berkenaan dengan tafsir mengenai Umat, al-Ghazali pernah membawa kita hampir berkenaan Fikrah / pemikiran Umat, maka al-Qaradhawi pula telah membawa kita hampir kepada Fiqh keatas Umat.

Walaupun Sheikh tidak mampu untuk menulis kesemua yang diperlukan didalam bukunya, adalah mencukupi baginya meletakkan manhaj lurus yang mudah bagi murid-muridnya agar mereka dapat menyempurnakan apa yang pernah beliau mulakan, dan jalan yang beliau lalui.

Jika Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata mengenai Imam al-Syafie : Al-Syafie bagaikan Matahari diwaktu siang, dan bagaikan kesejateraan kepada manusia, sesungguhnya aku berdo'a kepadanya diwaktu solatku : Ya Allah, Ampuni dosaku, kedua-dua ibu-bapaku, dan kepada Muhammad bin Idris al-Syafie. Maka sesungguhnya al-Qaradhawi pula bagaikan Matahari di waktu siang kami, dan kesejahteraan kepada badan-badan kami, begitu juga kami akan hanya merekomenkannya kepada Allah : Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami, dan kedua-dua ibu-bapa kami, dan juga Yusuf bin Abdullah al-Qaradhawi.

_____________

Sunday, May 20, 2007

Apakah kanak-kanak tidak boleh duduk di saf hadapan?

Seringkali kita melihat kanak-kanak apabila memasuki masjid, mereka dipisahkan dari ibubapa mereka. Sudah menjadi kelaziman, kanak-kanak ditempatkan di saf yang terbelakang. Tidak kurang juga kita melihat terdapat AJK masjid ditugaskan khas bagi memastikan agar kanak-kanak ini pergi ke tempat yang dikhusus untuk mereka.

Tidak kiralah, samada mereka sampai awal atau pun tidak, mereka tetap akan diletakkan disaf belakang, Keadaan yang lebih sedih lagi, terdapat kanak-kanak yang sampai awal, duduk di saf pertama disuruh berpindah ke saf belakang.

Tindakan ini disebabkan di khuatiri kanak-kanak ini mungkin akan mengganggu jemaah yang bersolat di saf hadapan. Ada kemungkinan mereka akan bermain-main atau menangis, dan ini akan mengalih konsentrasi jemaah yang berada di saf tersebut. Alasan ini yang menyebabkan masjid mempunyai saf khas untuk kanak-kanak bersolat.

Ada juga diantara pihak masjid yang melaksanakan larangan ini disebabkan terdapatnya riwayat yang melarang membawa kanak-kanak kemasjid. Didalam Sunan Ibn Majah, kitab masjid dan jemaah, bab apa yang tidak disukai didalam masjid, dkatakan Nabi :saw bersabda :-

جنبوا مساجدكم صبيانكم ومجانينكم وشراركم وبيعكم وخصوماتكم ورفع أصواتكم وإقامة حدودكم وسل سيوفكم واتخذوا على أبوابها المطاهر وجمروها في الجمع
"Jauhi masjid kamu dari kanak-kanak kamu, orang gila, jual beli kamu, pertengkaran kamu, ketinggian suara kamu, perlaksanaan Hudud dan mempamerkan pedang kamu. Jadikan tempat membasuh dan wudhu' berdekatan dengan pintunya dan mewangikannya pada hari Jumaat" [Riwayat Ibn Maajah #750].

Hadith ini Dhaef menurut Ibn al-Jauzi, Munziri, Haitaimi, Ibn Hajar al-Asqalani dan Busyairi. Syeikh Abdul Haqq al-Ishbeli mengatakan bahawa hadith ini tidak berasas. Maka hadith diatas ini tidak boleh dijadikan dalil melarang kanak-kanak dari pergi ke masjid.

Disana terdapat sebuah hadith sahih menjelaskan siapakah yang harus berada dibelakang Imam. Riwayat dari Abdulllah bin Mas'ud ra, Nabi :saw bersabda :-

يَلِني منكم أُولُو الأحْلامِ والنُّهى
"Jadikan dibelakangku mereka yang kalangan kamu yang alim dan matang" [Hadith Riwayat Muslim, #432]

Syeikh Ibn Baaz rh semasa menjelaskan hadith ini mengatakan bahawa ini bermakna orang yang alim dan matang digalakkan datang awal dan melakukan solat dihadapan jemaah-jemaah lain [1]. Hadith ini tidak menunjukkan larangan kepada kanak-kanak untuk duduk dai saf awal.

Malah Imam al-Nawawi rh. juga menjelaskan bahawa adalah mustahab bagi seorang kanak-kanak berdiri diantara dua orang dewasa agar dia dapat mempelajari pergerakan solat dari mereka. [2]. al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani menjelaskan bahawa Ibn Abbas bersama-sama dengan jemaah bersolat jenazahHsemasa Nabi :saw melakukan Haji Wadaa' sedangkan beliau belum baligh.

Peristiwa diatas ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak dilarang berada di saf hadapan.

Bagaimana pula dalam situasi kanak-kanak yang berada di saf hadapan itu dipindahkan kepada saf yang ke belakang? Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh mengatakan bahawa perbuatan ini menyalahi hadith sahih dimana Abdullah bin Umar ra, meriwayatkan bahawa Nabi :saw bersabda :-

لا يقيم الرجل الرجل من مجلسه ثم يجلس فيه
"Tidak boleh seorang lelaki menyuruh seorang lelaki yang lain berdiri dari tempat duduknya, kemudian dia pun duduk (menggantikannya) ditempatnya" [Hadith Sahih Riwayat al-Bukhari, al-Jaami' al-Sahih, no: 6269].

Syiekh bin Baaz rh [1] menegaskan bahawa jika kanak-kanak itu telah duduk disaf dapan, mereka tidak boleh dipindahkan ke saf yang yang belakang, dan makmum tersebut pula menggantikan tempat mereka. Adalah menjadi hak kepada sesiapa saja yang sampai awal untuk duduk disaf yang hadapan.

Syiekh Ibn Utsaimin rh. [4] mengatakan bahawa pandangan mengalihkan kanak-kanak yang telah duduk di saf awal perlu dikaji semula. Beliau berpandangan bahawa kanak-kanak pergi awal ke masjid dan duduk di saf yang awal perlulah dihargai perbuatan mereka. Mereka mempunyai hak untuk duduk dimana-mana ruang yang dibenarkan didalam masjid.

Kedua-dua Syiekh ini menyatakan beberapa implikasi kepada perbuatan mengalihkan kanak-kanak ini, berkemungkinan akan mengakibatkan perkara dibawah ini :-

  • Kanak-kanak akan patah semangat untuk pergi ke masjid
  • Kanak-kanak akan membenci orang yang memindahkan mereka. Ibn Utsaimin mengatakan bahawa kanak-kanak ini akan ingat peristiwa yang berlaku keatas mereka.
  • Perbuatan ini juga akan menjejaskan semangat berlumba-lumba untuk pergi ke masjid.
  • Ibn Utsaimin menyatakan bahawa jika kanak-kanak yang di tempatkan di bahagian belakang, ada kemungkinan juga mereka akan bermain-main dan membuat bising kerana tiada orang dewasa disebelahnya.

Ada dikalangan ulama' mencadangkan didalam saf yang panjang, yang betul-betul berada dibelakang Imam adalah mereka yang alim dan matang, dan disamping itu, jemaah yang lain termasuklah kanak-kanak boleh berada pada barisan hadapan.

Bapa juga berperanan mendisplinkan anak-anaknya agar mereka tidak bertindak nakal didalam masjid. Kanak-kanak perlu digalakkan bersolat di masjid oleh ibu-bapa mereka. Ia menjadi kewajipan ibu-bapa mengajar anak mereka bersolat, sebagaimana semua diantara kita sudah maklum dengan hadith berikut :-

مروا أولادكم بالصلاة لسبع واضربوهم عليها لعشر وفرقوا بينهم في المضاجع
"Suruhlah anak-anak kamu bersolat apabila umur mereka 7 tahun, dan pukullah mereka apabila mereka berumur 10 tahun, dan pisahkan mereka dari tempat tidur [kamu]" [Riwayat Abu Daud].

Syiekh Saleh al-Fawzan [5] mengatakan bahawa kanak-kanak yang telah masuk umur 7 tahun boleh dibawa ke masjid bagi tujuan latihan, proses pembesaran mereka dan menjelaskan amalan-amalan sunat kepada mereka. Bagi mereka yang bawah 7 tahun, tidak perlu bawa ke masjid melainkan mereka ini jenis yang tidak mengganggu orang sedang bersolat di masjid.

Kesimpulannya, tidak ada larangan bagi kanak-kanak untuk duduk di saf awal. Kanak-kanak yang telah duduk di saf awal, tidak boleh dipindahkan ke saf yang belakang. Bapa hendaklah memastikan anak-anak mereka berdisplin semasa membawa mereka ke masjid. Diharap pihak-pihak surau dan masjid dapat mengambil kira pandangan-pandangan yang membenarkan kanak-kanak dibawah umur ini bersolat di saf-saf yang awal. WA.
------------

1. Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz ibn Baaz, 12/399

2. Kitab al-Majmu jilid 4. Jeddah : Maktabah Irsyad, ms.186

3. Fath al-Bari Jilid 4. Kaheah : Dar al-Hadith, 1998. ms. 244

4. Fatwa Ibn Utsaimin. الصف الأول بين الصبية وكبار السنالعنوان. URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528621924

5. Fatwa beberapa mufti. اصطحاب الأطفال للمساجد. URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528620774

Sunday, March 11, 2007

Memasuki Rumah baru - hukum melakukan sembelihan?

Tidak kira kuat atau lemah pegangan agama seseorang itu, apabila tiba masa untuk masuk ke rumah baru, bermacam ritual yang akan mereka lakukan. Ada yang mengadakan majlis makan-makan yang dikenali sebagai 'housewarming'. Adakalanya majlis tersebut melibatkan percampuran lelaki dan perempuan yang tidak menepati kehendak syara'.

Didalam laman Wikipedia, sesuatu majlis 'housewarming' kadang kalanya diberikan hadiah kepada yang hadir. Majlis ini katanya dilakukan kepada rumah baru atau rumah yang telah mengalami 'pengubahsuaian' (renovation). Majlis ini bertujuan untuk mengenali jiran-jiran disekeliling. Disamping itu juga, terdapat juga unsur-unsur ritual didalam 'housewarming' ini, contohnya masyakat Hindu mempunyai upacara yang dinamakan Satyanarayana Puja dan grihapravesam.

Umat Islam juga digalakkan memberi makan ketika berpindah kerumah baru. Didalam Mausu'ah al-Fiqhiyyah (8/206) ada menyebut :- "Mengadakan jamuan setelah mendapatkan harta baru adalah mustahab, seperti mana-mana majlis jamuan menyambut sesuatu yang mengembirakan. Ia dikenali sebagai Wakirah. Ia tidaklah semustahak walimah perkahwinan, dan ada dikalangan Mazhab Syafie meneriwayatkan 2 pandangan samada ia wajib, kerana selepas menyebut walimah, al-Syafie berkata : ia termasuk Wakirah...... dan aku tidak membenarkan mana-mana yang menolaknya".

Dr Abdul Fatah Ashour, Profesor Tafsir al-Quran di University al-Azhar mengatakan bahawa mengadakan Wakirah ini sunnah, dimana jiran-jiran akan dijemput agar mereka mendapat peluang bergaul dengan kenalan-kenalan baru dan mewujudkan hubungan persaudaraan Islam yang kuat dikalangan mereka. Ia juga membantu didalam proses pengadaptasian ke suasana baru.

Majlis makan-makan ini diadakan dengan tujuan menyatakan kesyukuran kita kepada Allah swt. Tidak ada ritual tertentu didalam melakukan Wakirah ini. Ada juga dikalangan mereka yang menyembelih kambing dan sebagainya semasa berpindah kerumah baru. Katanya, jika tidak melakukan demikian, Jin-Jin tersebut akan menduduki rumah mereka dan menggangu mereka.

Perkara ini dinyatakan oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi sebagai kepercayaan yang melampau/ghulu. Malah boleh membawa kepada perbuatan syirik. Akan tetapi, jika penyembelihan tersebut dibuat semata-mata untuk menjamu tetamu, tidaklah ia dilarang.

Berikut dipetik fatwa "Hukum menyembelih di kediaman rumah baru" (حكم الذبح عند سكنى بيت جديد) yang diambil dari Laman al-Qaradhawi yang bertarikh 5hb Mac 2007. (Fatwa ini boleh dilihat didalam kitab beliau : Fataawa mu'aashirah, 1/187, cet. ke 9, Dar al-Qalam, 2001).
========

al-Fadil al-'Alamah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Ketua Persekutuan Ulama' Antarabangsa, menerima soalan - ada dikalangan penduduk di rumah baru menyembelih biri-biri atau yang lain binatang korban, apabila tidak melakukannya maka Jin akan mendiami rumahnya, dan akan mengganggunya. Apakah ini sahih?

Didalam menjawab kepada persoalan ini, al-Qaradhawi berkata :-

Bismillah, Alhamdulillah, Selawat dan Salam keatas Rasulullah saw, waba'du :-

Realitinya kebanyakkan orang didalam dunia ini mempunyai mempunyai perspektif yang berbeza terhadap Jin,,, disana ada yang melampau-lampau dalam mengesahkannya, dan dikalangan yang melampau-lampau didalam menafikannya.

Ada dikalangan manusia yang menafikan wujud Jin di alam ini, kerana sesungguhnya mereka tidak percaya melainkan objek yang jelas. Ini adalah ghuluw / melampau.

Didalam temubual dengan mereka ini, mereka cuba membuktikan bahawa Jin masuk kedalam setiap mereka samada kecil atau dewasa, malah Jin diatas kepala mereka, Jin diperalatan rumah-rumah mereka, terdapat Jin pada malam hari, Jin pada pagi hari, dan Jin pada setiap tempat. Sehinggakan mereka membayangkan bahawa Jin menguasai dunia. Dan ini juga....bertentangan Islam.

Islam adalah agama sederhana.Islam datang menjelaskan hakikat wujudnya Jin, dan mengesahkan alam mereka. Khabar mutawatir mengenai kehadiran Jin dan menghadirkannya, disebarkan dari generasi ke generasi, dan masih sehingga kini. Kebanyakkan mereka berkata boleh menghadirkan Roh. Akan tetapi jelas yang hadir adalah Jin bukannya Roh, sebagaimana diperkatakan kepada pengkaji mengenai fenomena ini.

Jin memang wujud.... Tidak syak lagi. Terdapat kepercayaan manusia bahawa Jin memiliki kekuasaan dan boleh memberi kesan kepada alam ini, sehinggakan melibat rumah baru, kepada mereka yang tidak menyembelih biri-biri, mereka yang mendiami rumahnya dan mengganggu hidupnya........ Kepercayaan (akidah) ini tidaklah diturunkan dengan wahyu, tidak disebut didalam agama, kerana perkara ini adalah termasuk dalam perkara-perkara ghaib. Tidak sah dihukumkan begitu, dan tidak benar pengetahuan yang sebegitu, melainkan dari jalan yang maksum dari Nabi :saw maka tidak boleh kita menolaknya. Kepercayaan ini tidak ada asalnya, tiada keperluan beriktikad dengannya, dan tidak dianggap memperkukuhkan agama.

Keatas pendapat yang mewajibkan penyembelihan di kediaman rumah baru, maka tiada asas baginya...... Penyembelihan dikenali didalam Islam dan ia dikaitkan dengan upacara yang khusus, menurut petunjuk (al-Quran dan As-Sunnah), didalam upcara Kurban, dalam Aqiqah semasa menyambut kelahiran anak.

sumber : http://www.qaradawi.net/site/topics/printArticle.asp?cu_no=2&item_no=4859&version=1&template_id=232&parent_id=17
========

kamin, 11 March 2007, 5:46pm

Tuesday, February 06, 2007

Panggilan - kepada murid al-Qaradhawi di seluruh dunia


Doha - Laman al-Qaradhawi - 4 feb 2007

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه.

Murid yang menuntut secara terus dengan Syeikh al-Qaradhawi tidaklah ramai, akan tetapi beliau mempunyai ramai murid yang berada di merata pelusuk dunia. Mereka ini menganggap diri mereka sebagai pengikutnya, termasuklah mereka yang cenderung kepada manhaj sederhananya, cara Syiekh melihat sesuatu isu dari kacamata yang lengkap, kaedah beliau yang seimbang dan melegakan, dan juga dikalangan mereka yang berpegang kepada fatwanya yang taisir (mudah) dan kaedah dakwahnya yang terbuka, yang seimbang dengan ketetapan Syariah dan perubahan masa dan sebagainya.

Ada dikalangan mereka yang menjadi murid kerana membaca bukunya, yang telah menjangkau lebih dari 160 biji. Ada juga yang belajar dan mendengar ceramah dari kaset, yang tidak diketahui jumlah mereka. Terdapat juga mereka yang mendengar Khutbahnya di mimbar Masjid Omar al-Khattab di Doha, yang di pancarkan melalui stesyen satelite Qatar. Ada juga yang mengikuti rancangan TV al-Jazeera (al-Syariah wa al-Hayah) yang popular itu, dan ada yang menyayangi Syiekh dan menganggap diri mereka sebagai penyambung fikrahnya, dan juga pendakwah yang membawa ajaran Muhammad dan al-Quran.

Syiekh ingin bertemu dengan murid-murid itu, dimana hubungan beliau dengan mereka telah terjalin melalui kerohanian dan intelektual, agar Syiekh mengenali mereka, dari aspek - Nama mereka, tempat mereka, dan biografi mereka. Hatta memungkinkan Syiekh bertemu mereka di dalam lawatan yang berlainan, mengikut kesesuaian masa beliau dan mereka. Dengan itu dapatlah beliau menyakinkan mereka mengenai kebaikkan manhajnya. Mereka juga boleh buat pembentangan kepadanya, dan kemungkinan jika dizinkan, boleh diadakan mesyuarat khas, menurut keadaan.

Dengan ini kami mengharapkan agar setiap seorang menyediakan secara serious dan ikhlas berkenaan dengan Manhal al-Syeikh ini - hantar melalui internet ke laman Qaradawi satu biografi ringkas dan padat, dan menjelaskan perkara berikut :-

1. Kenapa dia menganggap dirinya sebagai murid al-Qaradhawi?
2. Apakah dia membaca penulisan Syeikh?
3. Apakah dia mendengar ceramah dan khutbahnya?
4. Apakah dia mengikuti program TVnya?
5. Apakah dia menulis mengenai Syiekh?

Maka seterusnya. hantarkan biografi dan komunikasi melalui e-Mail :- qa@qaradawi.net

Moga2 Allah memperelokkan permintaan kita semua. Allah akan membantu setiap langkah2 kita, dan memberi hidayah kepada siapa yang dia cinta dan redha.

==============
sumber : http://www.qaradawi.net/site/topics/printArticle.asp?cu_no=2&item_no=4772&version=1&template_id=116&parent_id=114

Sunday, February 04, 2007

Qaradhawi menyeru agar Syiah hentikan fitnah terhadap Sunni



Pada 20 Januari yang lalu, telah diadakan Dialog diantara Mazhab Ahli Sunnah (Sunni) dan Syiah di Doha, Diantara perbincangannya adalah isu bagaimana menyelesaikan masalah keganasan di Iraq. Usaha kearah kerjasama diantara agama telah banyak dilakukan, dan kenapa diantara Mazhab Islam tidak boleh di lakukan usaha yang sama.

Begitulah kata-kata Pengerusi Pesekutuan Ulama' Antarabangsa, Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Beliau dengan tegas menyelar Syiah yang menghina Ai'syah ra. dan para-para Sahabat Nabi :saw, dan mensifatkan mereka sebagai sudah melampaui batas dan keterlaluan.

Blog kali ini ingin menyingkap kembali ketegasan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi menghadapi Syiah.

=================
DOHA - Ulama' terkenal, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyeru agar Syiah menghentikan fitnah terhadap Sunni, mengajak agar kedua-dua pihak merapatkan jurang dan bersatu menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang.

"Perbuatan fitnah Syiah didaerah yang mempunyai kependudukan Sunni yang ramai adalah bahaya dan seolah-olah melontar spanner kepada usaha-usaha perpaduan", al-Qaradhawi berucap di Persidangan pertama Doha bagi Dialog diantara Mazhab, yang diresmikan pada 20 Januari, 2007 yang lalu.

al-Qardhawi sebagai Pengerusi Persekutuan Ulama' Islam Antarabangsa berkata, Sunni yang merupakan majoriti pegangan umat Islam dunia, telah mengambil initiatif dan mengeluar beberapa fatwa menerima Mazhab Syiah Jaafari, tidak seperti Syiah.

Beliau memberi amaran bahawa perbuatan fitnah ini akan menjadi batu penghalang kepada usaha-usaha merapatkan (taqrib) yang telah dijalankan. Kata beliau :-

إن لإيران قوتها ونفوذها في العراق وتستطيع بما لديها من مفاتيح وقف الفتنة الطائفية قبل أن تقضي على الأخضر واليابس
"Sesungguhnya Iran yang mempunyai kekuatan dan pengaruhnya kepada Iraq mampu menghentikan fitnah mazhab ini sebelum semuanya hancur (sebelum terlambat)"

Qaradhawi telah mengambil satu contoh dimana dipolmat Iran telah menyebarkan buku penyebaran aqidah Syiah di Sudan, dan berita tersebut telah disahkan oleh Menteri Waqaf Sudan, Esam al-Bashir, yang menghadiri persidangan yang sama.

Akan tetapi, ulama Syiah, Ayatollah Mohammad Ali Taskhiri, Ketua Organisasi Kebudayaan dan Komunikasi Iran telah menolak dakwaan al-Qaradhawi.

Kata Tashkhiri : 'Sunni yang sepatutnya menghentikan fitnah terhadap Syiah'. Beliau menjelaskan bahawa terdapat beberapa ulama' Sunni melabelkan Syiah sebagai murtad disebabkan pemahaman mereka yang berbeza.

Ketua Pusat Kajian Iran-Arab di Iran, Ali Azrship, berkata bahawa beliau tidak menyangka al-Qaradhawi akan melemparkan kenyataan tersebut, yang menurut beliau tidak akan membantu dialog Muslim.

Menghina Sahabat

Qaradhawi mengkritik beberapa golongan Syiah yang menghina Sahabat-Sahabat Nabi :saw. "Bagaimana boleh saya berjabat tangan dengan mereka yang melaknati para Sahabat? Para Sahabatla yang membawa Islam ke Iran, kenapa harus kurang ajar?"

Beliau menolak dakwaan Syiah bahawa Khalifah Umar al-Khattab bertanggung jawab membunuh anak Nabi :saw dan isteri Ali, Fatimah al-Zahra.

al-Qaradhawi menegaskan : "Kedua-dua Sunni dan Syiah hendaklah membuang apa-apa tuduhan yang provokatif dari silabus mereka".

إذا كنا نسعى للتقارب بين الأديان المختلفة فكيف لا نسعى للتقارب بين أتباع الدين الواحد والقبلة الواحدة
"Jika kita sedang mencuba merapatkan jurang diantara pelbagai agama, maka mengapa tidak kita melakukan perkara yang sama merapatkan jurang diantara pengikut-pengikut satu agama dan satu kiblat", ujar al-Qardhawi kehairanan.

Keganasan di Iraq

al-Qaradhawi mengatakan bahawa ulama' Islam sudah tidak tahan lagi melihat keganasan Mazhab yang berlaku di Iraq, kata beliau "Terdapat percubaan menukar demografi bandar Baghdad dengan memaksa Sunni keluar dari situ".

Qaradhawi telah mengutuk Squad Mati Syiah yang dikatakan telah menyiksa kaum Sunni sebelum membunuh mereka.

Beliau menyeru kepada Ulama' Syiah seperti Ali Khamenei agar beliau campur tangan supaya keadaan di Iraq tidak menjadi lebih buruk. Katanya : "Sudah sampai masanya Syiah menjauhkan diri mereka dari apa yang berlaku di Iraq".

Persidangan ini telah dianjurkan oleh Kolej Syariah Qatar dengan kerjasama Universiti al-Azhar dan Forum Dunia bagi Mendekatkan Mazhab Islam Sedunia.

Persidangan / Muktamar ini telah menarik perhatian seramai 200 perserta dari lebih 40 negara, termasuklah Ketua OIC, Ekmelddin Ihsanoglu, Ali Jumma (Mufti Besar Mesir) dan Menteri Agama dan Waqaf Mesir, Mahmoud Hamdi Zakzouk.

===
sumber berita dari Laman Qaradawi.net (20 Januari 2007) dan IslamOnline.Net

Sunday, January 28, 2007

Muharram - antara fadhilat dan kepalsuan

Bulan Muharram merupakan bermulanya tahun baru didalam kalendar Islam. Artikel lalu telah membicarakan mengenai beberapa kelemahan fakta apabila membicarakan mengenai peristiwa hijrah Nabi :saw. Kelemahan-kelemahan ini adalah disebabkan oleh beberapa kitab-kitab sirah yang mengambil cerita berdasarkan kepada hadith-hadith dhaef.

Masyarakat kita telah didedahkan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini dengan upacara membaca do'a akhir dan awal tahun. Yang agak sedihnya adalah terdapatnya semacam janji syaitan kepada si-penerima do'a ini bahawa : "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun." dan juga "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan".

Komentar kami adalah bahawa do'a ini tidak datang dari Nabi :saw, dan haram kita menyandarkan do'a kepada kepada Rasulullah :saw, kerana do'a ini tidak terdapat didalam mana-mana kitab sunnah. Mungkin persoalan yang timbul adalah : kepada siapa pula syaitan ini berjanji? Kami mengandaikan bahawa ini merupakan harapan dan cita-cita si-penulis do'a ini, mengambarkan seolah-olah syaitan telah berjanji dengan dia.

Berasaskan minda yang terbuka, tidak ada salahnya membaca do'a ini, kerana maknanya pun tidak menyalahi syara'. Kita tidak perlu terhad kepada kaifiat yang didatangkan bersama-sama do'a ini, seperti kaifiat doa awal tahun hendaklah di baca selepas Magrhrib 1 Muharram. Disebabkan maknanya baik, tidak kiralah waktu dan hari apapun, baca sahajalah do'a ini dengan mengharapkan Allah mengkabulkan do'a tersebut.

Semua orang maklum bahawa do'a tidak perlu terhad kepada apa yang terdapat dari al-Quran dan hadith-hadith Nabi :saw sahaja. Ia merupakan manifestasi keikhlasan dan kesungguhan si pemintanya yang dilahirkan dari suara hati dan bait-bait perkataan. Asalkan ia tidak menyalahi syara', tidak berbunga-bunga atau keterlaluan, maka bacalah apa sahaja do'a yang kita hajati.

Bulan Muharram juga terdapatnya hari yang dinamakan Hari Asyura' yang berlaku pada 10 Muharram setiap tahun. Kebanyakkan kita banyak menerima e-mail yang menceritakan mengenai fadhilat hari Asyura'. Diantara fadhilat-fadhilatnya adalah :-

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri. Fadhilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menunjukkan orang sesat. Fadhilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
4. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
5 Bersedekah. Fadhilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
6. Mandi Sunat. Fadhilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
7. Bercelak. Fadhilatnya - tidak akan sakit mata pada tahun itu
8. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
9. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
10. Membaca - "ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru". Fadhilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
11. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilatnya - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
12. Puasa - Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Jika diberi penilaian kepada amalan diatas, hanya satu amalan sahaja yang sahih digalakkan kita melakukannya pada hari Asyura', iaitu berpuasa. Akan tetapi, fadhilatnya yang menjanjikan ganjaran 1,000 kali haji adalah DUSTA! Fadhilat berpuasa terdapat didalam riwayat Abu Qatadah ra, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :

صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Authar, 4/323].

Punca-punca fadhilat amalan-amalan hari Asyura' kebanyakkannya berunsurkan hadith-hadith yang sangat lemah dan palsu. Tidak cukupkah fadhilat berpuasa yang menghapuskan dosa kita yang lalu? Fadhilat mana yang lebih baik dari fadhilat Allah mengampuni dosa-dosa hambanya?

Berkata Imam Ibn al-Qayyim rh :-

أحاديث الاكتحال يوم عاشوراء، والتزين، والتوسعة والصلاة فيه، وغير ذلك من فضائل، لا يصح منها شيء، ولا حديث واحد، ولا يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم فيه شيء، غير أحاديث صيامه، وما عداها فباطل.
وأمثل ما فيها: "من وسَّع على عياله يوم عاشوراء، وسع الله عليه سائر سنته"، قال الإمام أحمد: لا يصح هذا الحديث.
"Hadith-hadith tentang bercelak pada hari Asyura', berhias, meluaskan sesuatu perkara, solat khusus pada harinya dan lain-lain kelebihan tidak ada sesuatupun yang sahih, Ia tidak thabit dari Nabi :saw mengenainya selain dari hadith-hadith tentang puasa. Perkara yang selain dari amalan berpuasa adalah Batil. Misalnya : "Sesiapa yang meluaskan memberi makan keluarganya pada hari 'Asyura, Allah akan meluaskan untuknya sepanjang tahun." [Fiqh al-Shiyam, al-Qaradhawi, ms 144].

Saban tahun fadhilat-fadhilat ini disebarkan melalui media-media tertentu. Kalau dahulu, perawi hadith-hadith palsu ini menyebar dari mulut ke mulut, tapi kini, perawi-perawinya semakin advance! Mereka cuma perlu menekan tombol FORWARD didalam perisian e-mail masing-masing. Kaedah penyebaran semakin moden, akan tetapi nilai-nilai ilmiyyah masih lagi di takuk lama. Kita masih lagi dihanyutkan dengan fadhilat bubur Asyura'.

Semua umat Islam harus menyahut seruan meneliti kesahihan sesuatu berita sebelum menyebar atau mengamalkannya. Jika kita lihat perkembangan kitab-kitab berbahasa Arab, walaupun judul dan pengarangnya merupakan sarjana-sarjana dahulu, akan tetapi kitab-kitab tersebut telah dinilai semula (tahqiq) dan pelbagai percetakan. Hadith-hadith yang terdapat didalam kitab-kitab tersebut telah di takhrij dan diberikan statusnya. Inilah kekuatan kesarjanaan Islam, saling memperkukuhkan diantara satu sama yang lain, dari zaman ke zaman.

Ayoh kawan-kawan sekalian, kita didik bangsa dan keturunan kita dengan ilmu-ilmu Islam yang tulen. Kita bukan sahaja memberi mereka makan makanan yang halal dan baik, kita juga memberikan rohani mereka makanan dari ilmu-ilmu Islam yang tulen, yang jauh dari kepalsuan. Jauhilah jiwa-jiwa mereka dari menghayati cerita-cerita yang tidak tidak ada sandaran. Persoalannya : apakah tahun hadapan kita masih lagi menjadi perawi digital kisah-kisah dusta ini??

kamin, 9 Muharram (28 Jan 2007), 5:20pm.

Sunday, January 21, 2007

Hijrah - antara kesahihan dan kemasyhuran


[Gua Thawr]

Di dalam kegembiraan menyambut tahun baru hijrah, umat Islam masih lagi disajikan dengan paparan peristiwa hijrah yang masih tidak dapat lari dari keraguan kesahihan cerita dan unsur-unsur tokok tambahnya. Amat malang sekali, cerita-cerita yang sebegini tidak pernah dinilai semula secara meluas atau mendapat perhatian pihak yang berwajib. Kisah yang telah disahihkan cuma disebarkan di peringkat ceramah-ceramah, seminar-seminar atau di perbincangan akademik semata-mata. Malah, teks-teks buku agama sekolah-sekolah masih menyaji cerita-cerita lama ini.

Mari kita imbas kembali cerita hijrah yang dipaparkan. Bermula dengan kisah pihak Quraish telah bermesyuarat di Daar al-Nadwah, yang diketuai oleh sepuluh orang pembesar Quraish termasuklah Abu Jahal, al-Hakam bin Abi 'Aas, 'Uuqbah, Abu Lahab, Ubai bin Khalaf dan lain-lain. Didalam mesyuarat tersebut, Abu Jahal mengesyorkan agar Nabi di bunuh dan cadangan ini disokong oleh seorang tua Najdi yang dikata penyamaran Syaitan.

Nabi :saw memulakan penghijrahan dari rumah baginda pada waktu malam. Saidina Ali ra. telah ditugaskan untuk tidur dikatil Nabi :saw agar dia kelihatan sebagai Muhammad. Orang-orang Quraish pada waktu itu sudah mengepung rumah Nabi :saw. Nabi :saw pun keluar dari rumahnya lalu menabur pasir kearah muka orang-orang Quraish seraya membaca ayat :-

وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ
"Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). " [Yasin : 9]

Akibat dari itu, orang-orang Quraish tidak mampu melihat Nabi :saw keluar dari rumah. Hanya pada keesokkan harinya mereka sedar bahawa orang yang sedang tidur di katil Nabi :saw adalah Ali ra. Baginda bersama Abu Bakar ra telah pergi ke Bukit Thawr dan bersembunyi didalam guanya. Pada hari yang seterusnya, pihak Quraish didalam operasi pencariannya telah pergi ke gua Thawr dan mendapati tempat tersebut dipenuhi dengan sarang labah-labah dan terdapatnya dua ekor merpati. Lalu seorang dari mereka berkata : Tidak mungkin seorang pun telah memasuki kawasan ini.

Kisah diatas ini popular dikalangan kita, akan tetapi kesahihan ceritanya masih di ragukan, Di antaranya adalah :-

a. Kisah syaitan yang menyamar sebagai seorang tua (menghadiri mesyuarat pembesar Quraish) tidak terdapat pada hadith Bukhari.

b. Didalam hadith Bukhari, Nabi :saw telah memulakan hijrah bersama Abu Bakar ra. pada waktu siang, dan bukan malam. Kisah ini terdapat didalam hadith Bukari (#3905) dibawah bab Hijrah Nabi :saw dan sahabat-sahabatnya ke Madinah.

c. Kisah Ali ra. di perintahkan oleh Nabi :saw menggantikan Nabi :saw dibilik tidurnya didapati sanadnya dhaif. Malah didalam hadith Bukhari menceritakan peranan keluarga Abu Bakr ra didalam penghijrahan Nabi :saw, dan bukan Ali ra.

d. Tidak wujud langsung pengepungan Quraish di rumah Nabi pada waktu malam dan juga kaifiat melontar pasir berserta membaca surah Yasin ayat 9 bagi mengkaburkan mata tentera Quraish.

e. Hadith yang menceritakan mengenai peranan labah-labah dan dua ekor merpati adalah dhaef, sebagaimana kata al-Albani didalam al-Silsilah al-Dhaefah (3/339) dan Ahmad Shakir didalam Tahqiq al-Musnad, merujuk kepada sanad hadith tersebut dhaef (lemah).

Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa pengarang-pengarang sirah tidak berapa teliti didalam menilai kesahihan sesuatu riwayat, malah hadith-hadith ini banyak menerima kritikan dari ahli-ahli hadith. Kebanyakkan sumbernya di ambil dari Tarikh Tabari dan Ibn Sa'ad.

al-Qaradhawi menjelaskan bahawa hijrah Nabi :saw mendapat pertolongan dari tentera-tentera ghaib sebagaimana firman Allah swt :-

فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا
"Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya." [Surah al-Taubah : 40]

Labah-labah dan merpati adalah makluk Tuhan yang nampak, jelas menunjukkan ia bertentangan dengan ayat diatas yang merujuk kepada pertolongan tentera-tentera ghaib kata al-Qaradhawi.

Sudah sampai masanya untuk masyarakat kita dipaparkan dengan kisah hijrah yang diambil dari hadith-hadith sahih, yang dapat membebaskan manusia dari kisah-kisah yang palsu dan keterlaluan. Tidaklah menghairankan ada juga teori-teori yang menjelaskan akan terdapatnya jarum-jarum Syiah didalam penyebaran kisah sirah yang seumpamanya, contohnya pergorbanan pemuda yang bernama Ali ra. mempertarungkan diri menggantikan Nabi :saw.

Semua pihak harus mengembeling tenaga kearah memperbetulkan kesahihan hijrah Nabi :saw. Buku teks sekolah, buku kanak-kanak, penceramah-penceramah harus memainkan peranan membersihkan kisah hijrah Nabi :saw agar ia kembali didalam bentuk asalnya. Barangkali pada permulaannya mungkin tidak menyeronokkan tanpa cerita labah-labah dan merpati, akan tetapi lama kelamaan mereka akan menerimanya. Ayoh, kita hijrahkan kisah-kisah ini.

kamin, 1 Muharram 1428 (20 Januari 2007), 11:50pm.

Tuesday, January 16, 2007

al-Qaradhawi transit di Singapura


[Syiekh al-Qaradhawi berceramah di Masjid (Jakarta)]

Alhamdulillah. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi telah pun pulang ke Doha setelah lawatan selama satu minggu ke Indonesia diatas jemputan khas Presiden Indonesia. Beliau telah mendarat di Ibunegara Qatar, Doha pada awal Subuh 13-1-2007 (Sabtu)

Beliau juga tidak dapat menghadiri program mingguannya, Al-Syariah wal Hayah, di station TV satelit, al-Jazeera, yang sepatutnya keudara pada malam 14-1-2007 disebabkan baru pulang dari Indonesia.

Berlaku sedikit kekecuhan yang berlaku di Lapangan Terbang Changi semasa Syiekh Dr Yusuf Qaradhawi transit di Singapura sebelum ke Qatar. Beliau telah di hadiahkan pedang emas oleh Timbalan Presiden Indonesia, dan semasa melalui pintu keselamatan Lapangan Terbang, pasukan Keselamatan telah mendapati sebuah kotak yang berisi pedang, lalu mereka merancang untuk merampasnya.

Seorang wartawan yang mengiringi Syiekh al-Qardhawi telah menjelaskan bahawa ini merupakan pemberian Kerajaan Indonesia kepada beliau kerana al-Qaradhawi merupakan ulama' yang terkenal di dunia. Setelah berbincang, lalu seorang pemandu (Pilot) kapal terbang Qatar Air mencelah dan mencadangkan agar beliau membawa pedang tersebut bersamanya di cockpit dan menyerahkan kepada Syiekh setiba di Doha nanti..

Mula-mula apabila mendapat berita al-Qaradhawi hendak datang ke Indonesia, tertanya pula dihati, kenapa beliau tidak singgah di Malaysia? Mungkin tidak ada yang pelawa? Agaknya?! Beberapa bulan yang lepas, pernah ada usaha untuk membawa beliau, tapi alasannya, aku sudah tua, nanti lutut aku sakit didalam perjalanan yang jauh. Mungkin juga beliau masih teringat kisah lama beliau dengan Kerajaan Malaysia.

Pada masa DS Anwar Ibrahim menjadi TPM, al-Qaradhawi pernah dijemput ke Malaysia. Beliau merupakan penerima Ijazah Doktor Kehormat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1996. Setelah DS Anwar Ibrahim di pecat, al-Qaradhawi dikatakan tidak dibenarkan masuk ke negara ini, kerana beliau telah mengeluarkan fatwa menjawab tuduhan-tuduhan liwat dari PM Malaysia keatas DS Anwar Ibrahim.

Beliau mengatakan bahawa pihak yang menuduh juga boleh dikenakan hukuman qazaf jika tuduhannya tanpa disertakan bukti - "false accusation of illicit sex". Difahamkan juga pada permulaan pelancaran 'Islam Hadhari', Syeikh juga berminat untuk menyumbang idea, malang sekali pelawaan beliau tidak di layan oleh pihak-pihak tertentu. Mungkin pemikir kita sudah mantap merencana Islam Hadhari pada masa itu.

Apa yang di lakukan oleh Indonesia itu suatu usaha yang baik. Mereka telah menjemput al-Qaradhawi semenjak 19 Oktober 2006, dan al-Qaradhawi telah berjanji hanya selepas Ramadhan beliau akan memberi respon. al-Qaradhawi telah mendapat liputan yang meluas dari media Indonesia. Lihat sahaja programnya, berjumpa Presiden Indonesia, berjumpa Presiden Parlimen dan Presiden Majlis Syura Indonesia, menyampaikan Khutbah dan lain-lain. Beliau di layan bagaikan seorang Perdana Menteri.

Bab ini kena beri tahniah kepada Kerajaan Republik Indonesia kerana memberi penghormatan kepada ulama' besar ini. Bukan sahaja mereka menghormati orangnya, malah karya-karya al-Qaradhawi banyak yang telah di terjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia. Inilah yang dikatakan menghargai nilai kesarjanaan seorang ulama'. Benarlah apa yang di tulis oleh sebuah surat khabar Arab di Doha: al-Qaradhawi merupakan seorang manusia yang bersaiz Ummah. Moga Allah memanjang umur beliau.....

kamin
Sekian, wassalam

Sunday, January 14, 2007

al-Qaradhawi tetamu kehormat Presiden dan Ahli Parlimen Indonesia

Jakarta - Mahmoud Salim - Laman al-Qaradhawi (10-1-2007)


[Al Qaradawi, President Susilo Bambang Yudhoyono dan beberapa pegawai tinggi kerajaan Indonesia]

al-Fadil Dr Yusuf al-Qaradhawi, Presiden Persekutuan Islam Antara bangsa menyeru ulama' Islam Indonesia agar mengambil peranan mencari jalan menyelesaikan permasalahan yang di hadapi di Palestine and Iraq. Indonesia dianggap sebagai Islam yang terbesar dan mempunyai hubungan yang kuat sehingga ke penghujung masalah.

Kedatangan Syeikh al-Qaradhawi adalah dalam misi jemputan Presiden Indonesia yang akan berakhir pada hari Jumaat.

al-Qaradhawi telah berkata kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang telah menyambut beliau di Jakarta pada Selasa 9-1-2007 : "Dia boleh menjadikan Indonesia negara terbesar umat Islam yang berqualiti, dan mereka mempunyai hubungan yang baik dengan semua pihak, dan mereka boleh memainkan peranan utama didalam memberi penyelesaian keatas permasalahan di Iraq dan Palestine".

Dalam pada itu, Presiden Persekutuan Ulama' mengajak ulama'-ulama' Islam didalam kerajaan Indonesia agar berhati-hati dengan fahaman yang bukan Sunni dinegara yang kebanyakkannya Ahli Sunnah yang ikhlas.

Beliau juga memuji kumpulan etnik, kepelbagaian politik dan dominasi agama di Indonesia, dan beliau mengesahkan betapa pentingnya berpegang kepada asal usul (keaslian) dan nilai-nilai Islam yang menjadi tanda pengenalan sebagai negara Islam terbesar.

Di akhir mesyuarat bersama Presiden Indonesia dan al-Qaradhawi, kedua-duanya telah bertukar-tukar hadiah, dimana beliau telah memberikan beberapa buku-buku beliau kepada Presiden Susilo, sementara Presiden Susilo telah menghadiahkan edisi terbaik tafsiran al-Quran didalam Bahasa Indonesia.

Lawatan ke Parlimen


[al-Qaradhawi berceramah di hadapan ahli-ahli Parlimen]

al-Qaradhawi sangat berminat melawat Parlimen Indonesia yang terletak di Jakarta, dimana beliau telah bertemu dengan Agung Laksono dan beberapa ahli parlimen yang lain, dan belau telah mengadakan dialog bersama mereka mengenai beberapa isu. Isu yang paling menonjol adalah isu menuduh Islam dikaitkan dengan keganasan dan teroris, dan menuduh orang Islam haus darah dan haus untuk membunuh.

Berucap dihadapan ahli parlimen beliau mengatakan : Islam adalah Agama keamanan dan penyatuan, ia tidak memaksa sesiapa untuk menceroboh tanpa tuduhan, dan telah diberikan contoh bahawa kemasukan Islam ke Indonesia adalah dengan keadaan aman tanpa sebarang pertempuran melalui pedagang Islam. Mereka telah menarik minat orang Indonesia kepada Islam melalui contoh dan layanan yang baik.

Beliau menekankan bahawa Islam tidak membenarkan peperangan melainkan jika pihak lain mengenakan orang Islam. Dinyatakan bahawa perkataan "perang" tidak berapa disukai oleh Islam, dimana dalilnya Nabi :saw melarang sahabat menggunakan perkataan "perang" keatas nama anak mereka.

Dr al-Qardhawi telah juga melawat Pengerusi Majlis Permesyuaratan Republik Indonesia, Dr Mohamed Hidayat Nur Wahid dan bebarapa ahli-ahli Majlis yang menyambut kedatangan beliau sebagai tetamu negara mereka. Mereka telah memuji kerja dan perkhidmatan beliau kepada Islam.

Madrasah al-Thahariyah

Syiekh Yusuf al-Qaradhawi telah melakukan lawatan ke Madrasah al-Thahariyah di Jakarta. Ia merupakan madrasah moden yang memasukkan pelajaran Bahasa Arab, Ulum Syariah dan Sains kontempori. Madrasah tersebut mempunyai cawangan dikebanyakkan kepulauan Indonesia. Beliau telah memuji peranan pendidikan dan saintifik yang mereka lakukan, dan menyeru kepada sekolah-sekolah lain di Indonesia mencontohinya.

Beliau mengesahkan betapa perlunya mengambil berat mengenai pengajaran Bahasa Arab dan prinsip syariah islam yang menjadi kubu mempertahankan identiti Islam.

Dr al-Qaradhawi meneruskan misi pengembaraan dakwahnya di ibu negara Indonesia sehingga 21-1-2007, dan menurut jadualnya akan menyampai khutbah Jumaat di Masjid al-Istiqlal, diantara masjid yang terkenal di Jakarta.

Dr al-Qaradhawi telah menyampaikan rasa terharu kepada rakyat Indonesia diatas mala-petaka yang menimpa mereka. Mala-petaka yang menimpa mereka contoh yang terkini adalah peristiwa tenggekamnya feri dan kehilangan pesawat kapal terbang diudara. Beliau menyeru agar rakyat Indonesia banyak bersabar, muhasabah diri, redha dengan Qada' dan Qadar dalam menghadapi bencana-bencana tersebut,

sumber : http://www.qaradawi.net/site/topics/printArticle.asp?cu_no=2&item_no=4685&version=1&template_id=116&parent_id=114

Saturday, January 06, 2007

Syiekh Attiyah Saqr dalam kenangan


Amat menyedihkan apa bila mendengar berita kematian Syiekh Atiyyah Saqr, bekas Pengerusi Jawatan kuasa Fatwa al-Azhar, yang telah meninggalkan kita pada hari Sabtu, 9 Disember 2006, akibat sakit di Hospital Kasr Alainy. Jenazah beliau telah di solatkan pada keesokkan harinya di Masjid Rashdan di Nasr City.

Syiekh merupakan seorang ulama' al-Azhar yang bermanhaj sederhana dan berfikiran terbuka. Lihat sahaja fatwa-fatwa beliau didalam buku-bukunya seperti Ahsanu al-kalam,Fataawa LilMar'ah al-Muslimat, Mausu'ah Usrah Tahta ri'aayah al-Islam dll, mengambarkan beliau mengamalkan pendekatan yang amat moderate.

Masih terdengar lagi rakaman video yang di buat oleh Pelajar-pelajar Terengganu di al-Azhar didalam satu temu-bual bersama Syiekh Atiyah Saqr di rumah beliau pada tahun 2003. Beberapa petikan video ini dapat di lihat di laman al-Ahkam - http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14868

Didalam temu-bual itu, Syiekh telah ditanyakan pelbagai soalan termasuklah pembahagian Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma' wa sifat. Beliau mengatakan bahawa pembahagian itu adalah persoalan istilah yang di persetujui oleh beberapa ulama', dan bukanlah ia satu pembahagian yang bid'ah. Beliau juga ditanya mengenai Syiekh Muhammad bin Abdul Wahab dan katanya; Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab merupakan seorang soleh dan muslih dini, terlibat didalam kerja-kerja membersihkan agama Islam yang telah dinodai oleh perkara-perkara mungkar dan bid'ah pada masa itu , seperti bertawassul kepada auliya' (penulis menarik balik perkataan ini, moga2 Allah mengampunkan kesilapan hambamu yg dhaif ini).

Kalau dilihat diruangan Soal-Jawab al-Ahkam, para moderator banyak juga menggunakan kitab Ahsanul Kalam beliau sebagai rujukan didalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Laman IslamOnline.Net juga melantik beliau sebagai salah seorang dari panel fiqhnya, maka kita dapat lihat beberapa fatwa dari kitab Ahsanul Kalam telah dijadikan bahan tantapan pembaca.

Kepada Syeikh Atiyyah Saqr, moga-moga Allah menempatkan Rohmu bersama-sama orang-orang yang soleh.
------------

Attiyah Saqr ulama' pertengahan al-Azhar meninggal

Kaherah - Subhi Mogahed / IslamOnline. Net

Hari Sabtu, 9 Disember 2006 merupakan tarikh pemergian ke rahmatullah bekas Pengerusi Jawatan Kuasa Fatwa Al-Azhar, Syiekh Atiyyah Saqr, yang berumur 92 tahun, setelah menghabiskan waktunya untuk agama dan beliau terkenal sebagai seorang mempunyai manhaj moderate dan mengeluarkan fatwa yang lantang.

Ulama al-Azhar mensifatkan beliau sebagai "ulama yang lantang dan sederhana didalam fatwanya dan dari kalangan ulama' al-Azhar beliau telah mewariskan fatwa-fatwa yang luas sebagai bahan rujukan kepada jawatan kuasa fatwa; didalamnya terdapat beberapa fatwa isu-isu yang penting."

Syiekh Atiyyah Saqr meninggalkan ensaiklopedia hukum hakam yang besar. Salah satu yang paling penting ialah beberapa siri fatwa dan hukum-hakam didalam Fiqh Ibadat dan siri Fiqh Usrah Muslimat. Syiekh terkenal dimasa lalu kerana program radionya yang terkenal "Fataawa wa Ahkam" yang berlangsung selama 15 tahun.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Fatwa al-Azhar : "perkara yang dapat mengubati kesedihan kita mengenai kehilangan Syiekh Saqr adalah pemberian ilmu pengetahuan yang beliau curahnya, yang menyinari segenap lapisan manusia mengenai hal-ehwal agama dan dunia yang beliau berikan kepada umat Islam; semua fatwa-fatwanya penting."

Dr. Mohammed Raafat Othman, Ahli Institut Penyelidikan Islam berkata : "Syeikh Saqr merupakan salah satunya Saintis Pyramid Mesir; dimana Mesir telah melahirkan ramai saintis yang dianggap sebagai Pyramid; penilaiannya termasuklah pengetahuan, persembahan yang baik, penggunaan bahasa yang elegant, petah bertutur dan pengetahuan yang saintifik."

Beliau mensifatkan Syiekh sebagai seorang yang mempunyai pemikiran sederhana, katanya : "Saya telah beberapa kali berjumpa dengan Syiekh dan mendapati beliau mempunyai pemikiran yang sederhana dan jauh dari pemikiran yang tidak fleksibel".

Menurut Syiekh Abdullah Mogawer, Setiausaha Agung, Jawatan Kuasa Tertinggi Dakwah Islamiyah al-Azhar berkata : "Syiekh merupakan seorang yang amat pemurah sepanjang hidup beliau. Beliau gemar menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar yang datang dari segenap lapisan dunia Islam, dan bukti yang terbaru beliau telah menyampai ceramahnya minggu lepas kepada pelajar yang baru tiba, dimana beliau dijadualkan untuk berceramah pada setiap minggu".

Syiekh Saqr di lahirkan pada tahun 1914 di Sharqiyah Govenorate (terletak di utara Kaherah) dan mendapat Ijazah tertinggi pada tahun 1943. Beliau dilantik sebagai pegawai penterjemah bahasa Perancis di Institut Penyelidikan Islam pada tahun 1965. Beliau berkhidmat sebagai timbalan di pejabat Penyelidikan al-Azhar pada tahun 1969, dan seterusnya sebagai Pengurus di Pejabat Syiekh al-Azhar pada tahun 1971. Pada tahun 1972 beliau telah di lantik sebagai Penolong Setiausaha Agung kepada Institut Penyelidikan Islam. Beliau juga telah menjadi Presiden Jawatan kuasa Fatwa al-Azhar pada tahun 80an

Olahan dari sumber : http://www.islamonline.net/Arabic/news/2006-12/09/15.shtml