Sunday, December 11, 2011

Teman didalam kubur

Kitab al-Roh karangan al-Imam Ibn al-Qayyim (wafat : 751), menjelaskan kepada manusia secara terperinci perkara-perkara yang berkaitan dengan roh, malah buku ini tersangat dalam perbicaraannya mengenai Roh dan hubung kaitnya dengan mereka yang masih tinggal di muka bumi ini. Namun demikian disamping amalan-amalan soleh hamba Allah yang beramal untuk mendapat keredhaan Tuhannya, disana ada satu amalan khas yang boleh dilakukan oleh seseorang itu untuk dijadikan pelindung baginya menghadapi azab kubur. Amalan ini jika merupakan amalan tradisi orang-orang Nusantara yang diwarisi dari zaman ke zaman, iaitu membaca surah al-Mulk pada setiap malam.

Berikut adalah petikan kitab al-Roh, Masalah 10, Bab sebab-sebab yang menyelamatkan dari Azab Kubur :-

وعن ابن عباس رضى الله عنهما قال ضرب رجل من أصحاب رسول الله خباءه على قبر وهو لا يحسب أنه قبر فإذا قبر قبر إنسان يقرأ سورة الملك حتى ختمها فاتى النبي فقال يا رسول الله ضربت خبائى على قبر وأنا لا أحسب أنه قبر فإذا قبر إنسان يقرأ سورة الملك حتى ختمها فقال النبي هى المانعة هي المنجية تنجيه من عذاب القبر قال الترمذى هذا حديث حسن غريب   وروينا في مسند بن حميد عن إبراهيم بن الحكم عن ابيه عكرمة عن ابن عباس رضى الله عنهما أنه قال لرجل ألا أتحفك بحديث تفرح به قال الرجل بلى قال اقرأ ^ تبارك الذى بيده الملك وهو على كل شيء قدير ^ احفظها وعلما أهلك وولدك وصبيان بيتك وجيرانك فإنها المنجية والمجادلة تجادل أو تخاصم يوم القيامة عند ربها لقارئها وتطلب له إلى ربها أن ينجيه من عذاب النار إذا كانت في جوفه وينجى الله بها صاحبها من عذاب القبر قال رسول الله لودت أنها في قلب كل إنسان من أمتى   قال أبو عمر بن عبد البر وصح عن رسول الله أنه قال إن سورة ثلاثين آية شفعت في صاحبها حتى غفر له ^ تبارك الذى بيده الملك ^  

Terjemahannya :- Daripada Ibn Abbas ra. Berkata : Ada seorang lelaki dari sahabat Nabi :saw mendirikan khemah  diatas kubur dan beliau tidak tahu bahawa tempat itu kubur. Rupa-rupanya kubur itu merupakan kubur seorang Insan yang lazim membaca surah al-Mulk sehingga akhir ayat, lalu dia mendatangi Nabi dan berkata : “Ya Rasulullah, aku telah mendirikan khemah diatas kubur dan aku tidak tahu bahawa itu adalah kubur. Aku dapati bahawa kubur itu merupakan kubur seorang insan yang membaca surah al-Mulk sehingga habis ayat” Maka Nabi bersabda : “Dia (surah a-Mulk) adalah Pendinding, Dia adalah Penyelamat/Pelindung, Pelindung dari Azab Kubur”. Berkata Imam Tirmudzi, hadith ini Hasan Gharib.


Dan kami meriwayatkan dalam musnad (‘Abd; teks asal)  bin Humaid  daripada Ibrahim bin al-Hakam, daripada bapanya ‘Ikrimah daripada Ibn Abbas ra. Yang berkata kepada seorang lelaki : “Mahukah aku beri satu pesanan yang engkau akan gembira dengannya?” Berkata lelaki tersebut : “Ya (berilah)”. Dia berkata : “Bacalah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk wahuwa ‘ala kulli syaiin qadir. Hafalnya dan ajarkannya kepada ahli kamu (isteri) dan anak-anak, kaum keluarga dan jiran-jiran kamu, kerana sesungguhnya ia menjadi penyelamat dan pembela kamu dihari Kiamat disisi Tuhannya, sambil memohon agar Tuhan menyelamatkannya dari azab neraka jika surah itu berada didalam dadanya, dan Allah menyelamatkannya juga dari azab kubur. Berkata Rasulullah :saw “Aku suka jika surah itu berada didada setiap insan dikalangan umatku”.


Berkata Abu Umar bin ‘Abd al-Bar dari berita sahih, dari Rasulullah :saw sesungguhnya berkata : “Sesungguhnya terdapat satu surah yang mengandungi 30 ayat, yang telah memberi syafaat kepada tuan yang membacanya sehingga dia diampunkan; iaitu ayat : Tabaraka al-lazi biyadihi al-Mulk (surah al-Mulk)”. – tamat petikan… [al-Roh, Al-Maktabah al-‘Ilmiyah mks 111 –112, cetakan KSA, mks 108].

Petikan ini jelas menunjukkan betapa besarnya ganjaran membaca surah al-Mulk setiap malam, dijadikan sebagai penyelamat azab kubur. Ini merupakan fadhilat khas surah al-Mulk, menjadi teman dan penyelamat insan didalam kuburnya nanti. Banyak Athar2 yang menjelaskan betapa para-para sahabat, tabien, dsb lazim membaca surah al-Mulk sebelum mereka tidur. Surah tersebut telah menjadi rutin harian para-para alim ulama’ ini. Ini juga merupakan amalan Nabi :saw sebelum beliau melelapkan mata : didalam sebuah riwayat :

كان لا ينام حتى يقرأ *(ألم، تنزيل)* السجدة و*(تبارك الذي بيده الملك)*
“Rasulullah :saw tidak tidur sehingga baginda membaca “Alif Lam Mim tanzil” – al-Sajadah  dan “Tabarakallazi”” [hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tirmudzi].

Imam al-Suyuti berkata : Orang-orang Muhajirin dan Ansar mempelajarinya (surah al-Mulk) dan mereka berkata : “Orang-orang yang sebenarnya rugi adalah orang yang tidak mempelajarinya”.

Imam al-Alusi didalam kata-kata akhirnya pada tafsir surah al-Mulk berkata “Segala puji kepada Allah yang telah member Taufiq kepadaku untuk membacanya ketika aku mumaiyiz sehingga ke hari ini. Aku memohon taufiq dari Allah untuk selanjutnya dan pengkabulannya”.

Ayoh kita sama-sama mengamalkan surah al-Mulk didalam penghidupan kita. Jangan lupa, sambil membaca, pelajari intisari-intisari ilmu yang terdapat pada surah ini. Bahkan, nama-nama lain bagi surah al-Mulk ini juga jelas menunjukkan kelebihan surah al-Mulk itu sendiri. Diantara nama-namanya al-Mani’ah (yang menghalang dari azab kubur), al-Munjiyah (yang menyelamatkan dari azab kubur), al-Mujadilah (yang membela orang yang membacanya)n dan al-Waqiyah (yang melindungi orang yang membacanya dari azab kubur). Moga-moga surah ini menjadi teman, pelindung, penyelamat dan pembela kita setelah kematian kita. Ameen.


Sekian, wassalam
kamin, 11 Disember 2011

Thursday, November 03, 2011

Mazhabku hanya hadith sahih


Apabila berbicara mengenai persoalan Mazhab dan hadith, sudah tentu ramai yang akan memetik kata-kata Imam Syafie ini :

إذا صح الحديث فهو مذهبي
“Apabila berjumpa dengan hadith sahih, maka itu adalah Mazhabku”

Terdapat juga catitan bahawa beliau pernah berkata :

إذا صح الحديث خلاف قولي، فاعملوا بالحديث واتركوا قولي
“Jika berjumpa hadith sahih yang bertentangan dengan pendapatku, beramallah dengan hadith tersebut dan tinggalkan pendapatku”

Kenyataan ini juga dikaitkan oleh Ibn Abdul Barr dan Imam Sya’raani ditujukan kepada Imam Abu Hanifa. Malah ada beberapa Imam-Imam besar telah dikaitkan dengan kenyataan ini. Jelas menunjukkan bahawa kenyataan ini tidak dapat dicabar, malah para ulama’ salaf benar-benar memahami maksud kenyataan ini. Termasuklah dikalangan murid-murid mereka yang begitu tinggi ilmu pengetahuan mereka didalam Syariah Islamiyyah.

Diantara beberapa kesilapan mentafsir kenyataan Imam Syafie ini adalah :-

1. Apabila kita bertemu dengan kalam Imam Syafie yang bertentangan atau tidak selaras dengan hadith Nabi :saw, hendaklah kita meninggalkan kalam Imam Syafie.

2. Pandangan Imam Syafie mengenai sesuatu itu boleh ditarjihkan, kerana kalam ini menunjukkan beliau sendiri mengaku tidak sempurna (maksum).

3. Kalam ini juga menunjukkan bahawa ada kemungkinan Imam Syafie sendiri terlepas pandang beberapa hadith sahih semasa mengeluarkan sesuatu hukum.

4. Kenyataan ini juga merupakan dalil bahawa Imam Syafie sendiri melarang taqlid kepadanya.

Kenyataan Imam Syafie ini hendaklah di tafsir menurut ulama’-ulama’ yang benar-benar memahami hakikat sebenar kenyataan beliau. Dengan kata lain, kenyataan ini tidak boleh dinilai sebagai zahir sahaja, tetapi hendaklah dilihat pada makna yang tersirat.Kenyataan ini juga hendaklah ditafsir menurut kedudukan keilmuan beliau yang tinggi, dan bukan dari kaca mata kita yang dhaif ini.

Imam al-Nawawi didalam muqadimah Syarah al-Muhazzab berkata : “Apa yang Imam al-Syafie katakan itu tidak bermaksud sesiapa sahaja yang melihat sebuah hadith sahih akan berkata : Ini adalah Mazhab al-Syafie, lalu mengamalkannya secara zahir. Apa yang beliau nyatakan itu hanya boleh diaplikasikan kepada seseorang yang mempunyai tahap mujtahid didalam mazhab. Syaratnya tidaklah bersangka bahawa Imam al-Syafie tidak tahu akan hadith tersebut atau tidak tahu kesahihannya. Perkara ini hanya mungkin terjadi kepada individu yang menyelidiki dan mendalami semua karya al-Syafie dan buku-buku pengikut al-Syafie, mereka yang mengambil ilmu pengetahuan melalui al-Syafie dsb. Ini merupakan syarat yang sukar untuk dipenuhi. Hanya sedikit sahaja yang dapat memenuhi syarat ini”

Berkata Imam  Ibn al-Salah (Shiekh Abu ‘Amr) :

وليس هذا بالهيّن فليس كلّ فقيه يسوغ له أن يستقلّ بالعمل بما يراه حجة من الحديث
“Bukanlah  satu perkara yang mudah kepada setiap faqih bertindak secara sendirian dengan hanya melihat sesuatu hujah dari hadith” [‘Adab al-Mufti wal Mustafti’, ms118].

Gambaran kata-kata Imam al-Nawawi dan Ibn Salah ini sangat jelas menunjukkan bahawa kalam Imam Syafie mempunyai maksud yang tersirat dan tinggi nilainya. Diantara kesimpulan yang dapat kita ambil dari kenyataan Imam Syafie ini adalah :

1. Imam Nawawi rh mengatakan bahawa kalam Imam al-Syafie ini hanya boleh digunakan oleh mujtahid sahaja. Shiekh Taqiyudin al-Subki  mengatakan bahawa sangat sukar untuk mendapati seseorang yang boleh mencapai tahap itu pada zaman sekarang [Ma’na Qawl Al-Imam Al-Muttalibi Iza Sahha Al-Hadithu Fahuwa Madhhabi]. Kalaulah benar-benar wujud kepakaran tersebut, maka bolehlah berlepas diri dari pandangan Imam Syafie.

2. Ini menunjukkan Imam al-Syafie sudah meneliti semasak-masak persoalan fiqh yang beliau bincangkan, pasti tidak ada nas-nas yang tidak benar, sehinggakan beliau sanggup mencabar dengan berkata, kalaulah benar ada yang bertentangan dengan hadith sahih, sila kemukakan. Ternyatalah pandangan Imam Syafie sangat kukuh sehingga kini.

3. Kata-kata Imam Syafie ini juga menunjukkan bahawa beliau sangat faqih didalam bidang hadith.

4. Ini merupakan kata-kata tawaddu’ dan merendah diri seorang Imam yang hebat. Janganlah kita mengambil kata-kata Imam ini secara zahir tanpa melihat maksud tersirat yang terkandung didalamnya. Kata-kata ini semata-mata menjadi satu pemisah diantara kitab beliau dengan al-Quran dan sunnah.

5. Hampir semua Imam-Imam Mazhab dikaitkan dengan kenyataan ini menunjukkan bahawa kesemua Imam-Imam ini selagi boleh telah mengumpulkan semua maklumat yang benar didalam kitab-kitab mereka. Malahan, melalui ratusan tahun, kitab-kitab mereka ini dibawa oleh fuqaha’-fuqaha’ yang menjadi pelapis mereka yang telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan, namun ia tetap utuh. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Shiekh Zafar Ahmad Uthmani bahawa kata-kata ini menjelaskan bahawa Imam-Imam Mazhab ini mempunyai keupayaan didalam melihat nas-nas dan mempunyai pengetahuan yang luas didalam fiqh.

Pada zaman sekarang ini, tidak mungkin ada yang boleh mengatakan bahawa seseorang faqih itu mempunyai pandangan yang rajih dari Imam-Imam empat ini. Tidak mungkin Imam Syafie dan Imam-Imam lain terlepas pandang beberapa hadith sahih, kerana mereka ini hidup dizaman periwayatan hadith dan mereka juga salah seorang dari perawi hadith di zamannya. Mana mungkin ulama’ sekarang yang hanya berdasarkan kitab semata-mata menilai semula atau mentahqiq pandangan Imam-Imam yang hebat ini. Seolah-olah Imam Taqiyudin al-Subkhi mengatakan agak tipis untuk melahirkan seseorang yang boleh mencabar pandangan-pandangan Imam-Imam ini pada zaman sekarang. WA.

Sekian, wassalam
7 Zulhijjah, 3 Nov 2011

Friday, September 23, 2011

Umrah : sudah berapa kali anda lakukannya?

Mengerjakan umrah pada bulan Syawal juga merupakan satu amalan yang agak mencabar. Dengan kedapatan ramainya orang yang masih belum pulang ke negara masing-masing selepas beriktikaf pada sepuluh Ramadhan terakhir di Masjidil Haram membayangkan keadaan yang masih penuh sesak di kawasan Tawaf dan Saie. Namun demikian, jemaah Umrah terutamanya dari Malaysia dengan penuh semangat terus melaksanakan ibadat umrah mereka dengan tekun. Biasanya, setelah melaksanakan Umrah, mereka akan berkumpul di kafeteria hotel untuk melepas kehausan mereka, samada dengan minuman Oren Tang sejuk atau minuman panas, Milo, Teh atau Nescafe. Disesi bersosial dan melegakan tekak,  berlakulah dialog diantara Ali, Pak Suhaimi, Hashim dan Pak Mokhtar yang kebetulan pakej Umrah yang sama.

Ali (dari Kajang) :  "Sudah berapa umrah awak lakukan minggu ini?”

Suhaimi (orang penchen dari Seremban) : “Saya pagi sekali, malam sekali, tiap-tiap hari kami lakukan.Bagi mengelak kesesakkan kami akan pergi ke Tana’em sebelum subuh dan kembali ke Masjidil Haram ngam-ngam waktu Subuh. Setelah melakukan solat subuh kami sempurnakan Tawaf dan Saie. Malam pulak, kami pergi ke Tana’em jam 11:30pm dan akan bertawaf lebih kurang antara jam 12:30 dan 1am. Pukul 2am nanti habislah”

Hashim (1st time buat umrah, tinggal di Pandan Jaya) : “Saya ikut trip free yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja, seperti bermiqat di Ji’ranah, Hudaibiyah dan Tana’em. Katanya kalau naik teksi ke Tana’em, cajnya SR20 satu kepala”

Mokhtar (seorang yang berumur dan janggutnya sudah putih) menyampuk dengan nada lembut : “Mana ada Umrah sunat berkali-kali, ini semua bid’ah kata ulama’ Saudi?!!”

Suhaimi : “ Aiiik... mana pulak Umrah berkali-kali ini bid’ah??? Itu kan ibadat sunat. Lagi kerap buat, lagi bagus”

Mokhtar menjawab : “Nabi ada buat ke umrah banyak-banyak kali ni? Para sahabat ada buat ke? Para Salaf ada buat ke?”

Beliau mengeluarkan buku kecil yang berwarna kuning yang diperolehi (hadiah) dari lawatan ke Masjid Quba di Madinah, yang menceduk fatwa bekas Mufti Arab Saudi, Ibn Utsaimin rh menyatakan :

هذا بارك الله فيك من البدع في دين الله؛ لأنه ليس أحرص من الرسول صلى الله عليه وسلم ولا من الصحابة، والرسول صلى الله عليه وسلم كما نعلم جميعاً دخل مكة فاتحاً في آخر رمضان، وبقي تسعة عشر يوماً في مكة ولم يخرج إلى التنعيم ليحرم بعمرة وكذلك الصحابة، فتكرار العمرة في سفر واحد من البدع،
“Keberkatan Allah keatas kamu, ini adalah salah satu bid’ah agama! Kerana sesungguhnya bukanlah satu perkara yang datang dari Nabi atau para sahabat, dan Rasulullah :saw sebagaimana yang kita ketahui memasuki Makkah, dan tinggal di sana selama 19 hari dan beliau tidak keluar untuk berihram di Tana’em, begitu juga sahabat, maka mengulangi Umrah (berkali-kali) didalam permusafiran yang satu adalah bid’ah” [Liqa’ Bab al-Maftuh (#121)]

Hashim : “Pak Mokhtar, Mufti Saudi ini sikit-sikit bid’ah. Mutawif kita kata ulama’ Saudi semuanya penganut Wahabi. Umrah berkali-kali pun dia kata bid’ah, dengan alasan Nabi tak buat”.

Mokhtar dengan senyum berkata : “Entahlah ye…..Sana kata bi’dah, yang sini pulak kata eloklah buat Umrah banyak2…Mesti ada jalan tengah agaknya, Wallahu’alam”

Pertama-tamanya, isu yang dinyatakan diatas ini jatuh dibawah topik bab ibadat-ibadat tambahan atau ibadat sunat yang menjadi tampalan kepada ibadat-ibadat wajib yang kita lakukan. Ibadat-ibadat ini tidak diwajibkan keatas seseorang untuk melakukannya, dengan ertikata lain, realitinya tidak semua orang akan melakukannya. Ia merupakan amalan sukarela. Apabila timbul dialog soal-jawab mengenai berapa jumlah “kebaikkan” yang telah kita lakukan, maka timbul pula persoalan, apakah wajar soalan ini ditanya??? Apakah wajar “kebaikkan” ini diperbincangkan? Apakah Allah swt masih memberi ganjaran kepada hamba-hambanya yang bercerita mengenai kebaikkan yang mereka lakukan? Dimanakah keikhlasan kita didalam beribadat kepada Allah swt? Tujuan apa kita menghitung-hitung amalan sunat tersebut dihadapan orang lain?

Bagi meneruskan perbincangan ini, wajar juga kita melihat dulu pra-syarat sesuatu ibadat itu diterima oleh Allah swt. Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi didalam bukunya “al-niyyah  wa al-ikhlas (ms 31)” berkata bahawa semua amalan soleh hendaklah menepati dua rukun, tanpanya Allah swt tidak akan menerima ibadatnya, iaitu :-

أولهما: الإخلاص وتصحيح النية.
وثانيهما: موافقة السنة ومنهاج الشرع.

“Pertamanya :  ikhlas dan membersihkan niat,
Keduanya : dilakukan sejajar dengan al-Sunnah dan peraturan syara’”

Syeikh al-Qaradhawi didalam buku tersebut juga memetik kata-kata al-Fudail bin ‘Eyad, katanya :-

إن العمل إذا كان خالصا ولم يكن صوابا لم يقبل، وإذا كان صوابا ولم يكن خالصا لم يقبل، حتى يكون خالصا وصوابا، ..
“Sesungguhnya amalan apabila dilakukan secara ikhlas tetapi tidak betul caranya (tidak menepati syara’) maka ia tidak diterima, jika amalan itu dilakukan secara betul tetapi tidak ikhlas maka ia tidak diterima juga, sehinggalah dilakukan secara ikhlas dan betul”  [al-niyyah wa al-ikhlas, ms 32].
Jelas disini menunjukkan bahawa ikhlas didalam ibadat merupakan pra-syarat pertama sesuatu ibadat itu diterima. Jika sesuatu ibadat itu dilakukan bukan kerana Allah swt, maka wujudlah keraguan diatas matlamat ibadat tersebut. Begitu juga dengan syarat kedua, segala ibadat itu hendaklah berlandaskan petunjuk Nabi :saw atau sunnah. Ikhlas dan menurut sunnah merupakan syarat terkabulnya amalan seseorang itu.

Menyedari hakikat ini, sebagai hamba Allah yang lemah lagi kerdil, hendaklah kita sedar bahawa amalan-amalan sunat atau sukarela hendaklah dilakukan sebagai mana konsep orang memberi sedekah : “Tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak tahu”. Usahlah dicanang-canang kepada orang ramai jumlah umrah yang telah kita lakukan. Sedarilah hakikat bahawa, amalan-amalan yang dilakukan, pada mulanya kerana Allah, akan tetapi tanpa disedari ia berubah seolah-olah ingin memberitahu manusia bahawa kita ini telah melakukan satu amalan tambahan. Ketahuilah bahawa riya’ itu membakar amalan kebaikkan!

Pra-syarat kedua didalam menentukan samada ibadat kita diterima oleh Allah swt atau tidak adalah samada ibadat kita tadi sejajar dengan tuntutan syara’? Merujuk kepada topik perbincangan kita, maka persoalannya adalah “apakah Umrah berkali-kali dalam satu permusafiran itu benar-benar merupakan amalan solafussoleh?”

Ijma’ fuqaha’ bersetuju bahawa Umrah merupakan salah satu dari amalan terbaik disisi Allah swt. Diantara satu Umrah dengan Umrah yang lain akan menghapuskan dosa diantaranya. Sabda Nabi :saw :-

العمرة إلى العمرة كفارة لما بينهما
“Antara satu Umrah hingga Umrah berikutnya adalah kifarat dosa di antara keduanya.” [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Jumhur ulama’ membenarkan umrah dilakukan berulang-ulangkali didalam satu tahun. [lihat Dur al-Muhktar 2/472, al-Majmu’ 7/149, Kasyaaf al-Qinaa’, 2/520]. Diantara yang tidak menggalakan mengulangi Umrah adalah al-Hassan, Ibn Sirin dan Imam Malik [lihat Muwaahib al-Jaleel, 2/424]. Mereka berpendapat hukumnya makruh.

Persoalan yang timbul ialah, apakah hukum bagi mereka yang mengulangi umrah dalam satu permusafiran sahaja? Misalnya seorang yang menziarahi Makkah selama 10 hari, memasuki Makkah melalui Madinah al-Munawarah. Maka setiba di Bi’r Ali yang merupakan Miqat berhampiran Madinah, dia akan berniat ihram disana. Setelah tiba di Makkah, selesai Tawaf, Saie dan bertahalul, maka sempurnalah Umrahnya. Pada keesokkan hari dan hari-hari berikutnya, dia akan pergi ke Tana’im (Miqat yang berhampiran kota Makkah), balik ke Makkah untuk menyelesaikan Umrah. Hampir setiap hari atau selang dua hari dia melakukan Umrah.

Menurut Ibn Qudamah rh didalam al-Mughni, bukanlah satu kesalahan melakukan Umrah berkali-kali didalam setahun, sebagaimana diriwayatkan oleh Ali, Ibn Umar, Ibn Abbas, Ans, A’isyah, ‘Ata’, Tawus, ‘Ikrimah dan al-Syafie, kerana ‘Aisyah melakukan Umrah DUA kali didalam setahun. Namun demikian, terdapat tempoh A’isyah ra. melakukan 2 Umrah tersebut dalam lingkungan kurang dari 20 hari.

Disini kita melihat bahawa TIDAK ada larangan sama sekali untuk menggulangi Umrah didalam satu atau beberapa permusafiran dalam satu tahun.  Apa yang dapat dilihat disini bahawa terdapatnya jarak diantara satu Umrah dengan Umrah yang lain, seperti hadith perbuatan A’syah tadi, iaitu jarang kurang dari 20 hari. Berkata Imam Ahmad rh :-

إذا اعتمر فلا بد من أن يحلق أو يقصر، وفي عشرة أيام يمكن حلق الرأس
“Jika seseorang melakukan Umrah, dia akan mencukur atau memendikkan rambutnya, maka dalam tempoh 10 hari bolehlah dia mencukur kembali rambutnya” Beliau juga berkata : “seseorang itu tidak boleh melakukan Umrah sehingga kepalanya menjadi hitam ditumbuhi rambut”.

Ibn Taimiyah rh. menjelaskan bahawa : apa yang dikatakan oleh Imam Ahmad ialah tidak digalakkan melakukan Umrah berkali-kali dari Makkah atau kawasan lain, malah seseorang itu hendaklah menjarakkannya dalam tempoh rambut dapat tumbuh kembali agar ia dapat dicukur [Majmu’ al-Fatawa, 26/45].

Ali ra. berkata umrah boleh dilakukan setiap bulan. Apabila rambut telah tumbuh semula. Anas ra. akan keluar dan melakukan umrah sekali lagi. Kedua-dua riwayat ini telah laporkan oleh al-Syafie didalam Musnad [Musnad, ms 778]. ‘Ikrimah berkata : seseorang itu hendaklah melakukan umrah  apabila rambutnya bersedia dicukur oleh pisau cukur. Berkata ‘Ata’ : jika seseorang itu ingin melakukan umrah, bolehlah melakukan Umrah 2 kali didalam sebulan. [Ibn Qudamah, al-Mughni, 3/220].

Syiekh Fahd bin Salim Bahamam memberi 2 kesimpulan yang baik mengenai amalan mengulangi Umrah dalam satu permusafiran. Kata beliau :

1. الإكثار من العمرة بسفر جديد من أفضل الأعمال عند الله.
2. يجوز على الصحيح تكرار العمرة في السفرة الواحدة، وإن كان الانشغال بالطواف والتعبد في الحرم أولى وأفضل.

“1. Memperbanyakkan Umrah dengan permusafiran yang baru (bukan satu permusafiran) merupakan amalan [Umrah] terbaik disisi Allah swt.

2. Mengulangi Umrah didalam satu permusafiran adalah DIBOLEHKAN, akan tetapi jika seseorang itu menyibukkan diri dengan melakukan ibadat TAWAF atau ibadat-ibadat lain di Masjidil Haram adalah lebih UTAMA dan AFDHAL.”

Dapat disimpulkan bahawa para sahabat dan salaf akan mengulangi Umrah dengan kadar tempoh kepala yang dicukur telah ditumbuhi rambut, dimana ada dikalangan mereka menyebut tempoh jarak antara 7  hingga 10 hari. Ulama’ menyebut bahawa Umrah yang diulangi terlalu kerap bukanlah satu tuntutan atau amalan terbaik semasa berada di Makkah, akan tetapi seseorang itu hendaklah melakukan tawaf sunat dan memperbanyakkan ibadat-ibadat lain didalam Masjidil Haram. Ini juga dapat menjernihkan lagi khilaf dikalangan ulama’ yang tidak membenarkan mengulangi Umrah, kerana disana wujudnya tempoh bagi melakukan amalan bercukur yang sempurna. Tidak ada larangan mengulangi Umrah dengan kerap, akan tetapi para Salafussoleh melakukannya dengan kadar tempoh tumbuhnya rambut dikepala.

Sekian, wassalam
Kamin, 26 Syawal / 24-09-2011

Rujukan :

Dr Yusuf al-Qaradhawi. Al-niyyah wa al-ikhlas. Kaherah : Maktabah Wahbah, 1995.
 
ما حكم تكرار العمرة في السفرة الواحدة؟
 http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=85808

تكرار العمرة في السفرة الواحدة
http://www.fikhguide.com/tourist/shara/232

تكرار العمرة في سفر واحد من البدع
http://www.3llamteen.com/index.php?option=com_content&task=view&id=443&Itemid=47

Saturday, August 20, 2011

Perjalanan dari KL ke Jeddah : nak buka dimana?



Salah satu waktu penerbangan pesawat Saudi dan Gulf dari KLIA menuju ke Jeddah adalah selepas Zohor. Lazimnya bagi jemaah yang melakukan Umrah di bulan Ramadhan akan tiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah jam 7:35pm bersamaan 12:35am waktu KL. Perjalanan tersebut akan mengambil masa 9jam 35min. Jika jemaah menunggu berbuka setelah mendarat di Jeddah, maknanya jemaah akan berpuasa lebih dari 18jam! Sebenarnya, bilakah harus jemaah berbuka puasa?

Ada dikalangan jemaah berpendapat, kita boleh berbuka mengikut waktu Kuala Lumpur. Kenyataan ini ternyatakan salah, kerana waktu solat berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Misalnya menurut Shiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, jika diambil waktu maghrib, terdapat 6 minit perbezaan diantara waktu Kaherah dan Iskandariah di Mesir, dan 20 minit antara Riyadh and Jeddah di Arab Saudi. Pada masa orang di Kuala Lumpur berbuka, pesawat berkemungkinan besar berada dikawasan yang baru masuk waktu Asar. Mana mungkin seseorang boleh berbuka ketika itu.

Menurut Sheikh al-Qaradhawi lagi, "semasa aku tinggal di tingkat 14 sebuah bangunan di Iskandariah, aku perhatikan apabila Azan Maghrib berkumandang, masih lagi kelihatan separuh dari bebola matahari. Jadi bagaimana dengan mereka yang tinggal di tingkat 30 atau 40 atau tempat tinggi? Maka aku pun berkata kepada mereka : perlu ada keprihatinan yang lebih kepada mereka yang tinggal di luar bandar dan mereka yang tinggal di tempat-tempat tinggi bangunan atau bukit, memberi perhatian kepada perbezaan waktu antara tempat mereka dan mereka yang tinggal dikawasan rendah."

Berikut kami siarkan sebuah fatwa (bernombor 859) yang dikeluarkan pada tahun 2004 oleh Darul Iftaa' Mesir yang telah disediakan oleh Mufti Besar Mesir, Shiekh Prof. Dr Ali Jum'ah Muhammad dibawah tajuk (التوقيت الذي يفطر عليه المسافر بالطائرة) "waktu musafir berbuka puasa didalam pesawat".


===========
Syariat Islam mengaitkan waktu berpuasa dengan terbenamnya matahari dan terbitnya fajar. Allah berfirman :

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ
"Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam." (Al-Baqarah : 187)


Diriwayatkan dari Umar bin Khattab ra. bahwa Nabi saw bersabda :

$إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ مِنْ هَاهُنَا، وَأَدْبَرَ النَّهَارُ مِنْ هَاهُنَا، وَغَرَبَتِ الشَّمْسُ، فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ
"Jika malam telah datang dari arah sana, dan siang telah pergi dari arah sana, serta terbenam matahari, maka orang yang berpuasa telah berbuka." (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ibnu Abi Aufa ra. juga meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda :

إِذَا رَأَيْتُمُ اللَّيْلَ قَدْ أَقْبَلَ مِنْ هَاهُنَا -وَأَشَارَبِيَدِهِ نَحْوَ الْمَشْرِقِ- فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ
"Jika kamu melihat malam telah datang dari arah sana –beliau memberi isyarat ke arah timur dengan tangannya— maka orang yang berpuasa telah berbuka" (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Dengan demikian, yang menjadi dalil waktu berbuka adalah telah diketahui secara pasti datangnya malam, baik ia melihat sendiri ataupun dengan pemberitahuan orang yang diterima kesaksiannya dalam masalah ini. Begitu pula dalam masalah permulaan puasa. Yang dijadikan dalil adalah diketahuinya secara pasti terbitnya fajar, baik dilihat sendiri maupun dengan pemberitahuan orang yang diterima kesaksiannya.

Sebagaimana diketahui semua, semakin jauh kedudukan seseorang dari permukaan bumi, maka semakin lama pula waktu terbenamnya matahari dari pandangannya. Perkara ini dapat dirasakan oleh seseorang yang tinggal di tingkat atas sebuah bangunan. Oleh itu, seseorang yang berada dalam pesawat tidak boleh berbuka sehingga pada penglihatannya matahari telah terbenam.

Dalam kitab Tabyiin al-Haqaaiq Syarh Kanz ad-Daqaaiq, Imam Fakhrudin az-Zayla'i al-Hanafi mengatakan, "Diceritakan bahwa Abu Musa al-Dharir, penulis kitab al-Mukhtashar, datang ke Iskandariah. Lalu ia ditanya mengenai seseorang yang naik ke atas rumah api Iskandariah dan melihat matahari beberapa ketika dan dalam penglihatan para penduduk daerah itu matahari sudah terbenam. Apakah dia boleh berbuka? Beliau menjawab, "Tidak, tapi para penduduk daerah itu boleh berbuka. Ini adalah kerena setiap orang diberi kewajiban sesuai dengan keadaannya."

Al-'Allamah Ibnu 'Abidin, dalam Haasyiyah, mengatakan, "Dalam kitab al-Faidh dinyatakan bahwa barang siapa yang berada di tempat yang tinggi, seperti menara Iskandariah, maka ia tidak boleh berbuka jika belum melihat matahari terbenam. Namun, para penduduk daerah itu boleh berbuka jika matahari telah terbenam dalam penglihatan mereka. Hukum ini juga berlaku pada masalah terbitnya fajar bagi orang yang melakukan solat Subuh dan orang yang bersahur."

Maka dengan itu, waktu berbuka yang dijadikan pegangan bagi orang yang sedang berada di atas pesawat adalah waktu terbenamnya seluruh bebola matahari dalam penglihatan mereka dan dari tempat mereka berada. Mereka tidak boleh berbuka menurut waktu kawasan dimana mereka berada pada saat itu, atau waktu kawasan tempat mereka berlepas atau waktu kawasan yang merela tuju.

Jika waktu puasa itu sangat panjang jika dibandingkan dengan waktu kebiasaannya sehingga menyukarkan orang yang berpuasa, maka dia dibolehkan untuk berbuka dengan alasan wujudnya kesulitan ketika melakukan perjalanan itu, bukan kerana telah masuk waktu maghrib. Mereka wajib mengqadha' puasa hari yang mereka tinggalkan itu. Begitu juga dengan pengumuman yang diberikan oleh sebagian dari kru pesawat kepada para penumpang untuk berbuka disebabkan waktu maghrib telah masuk menurut tempat asal atau tempat tujuan adalah tidak benar dari aspek syara'.

Disana ada satu situasi,dimana ketika di dalam pesawat seseorang telah melihat matahari sudah terbenam, kemudian ia muncul kembali di bahagian barat akibat begitu pantasnya pesawat bergerak, maka dalam keadaan ini seseorang boleh berbuka berdasarkan terbenamnya matahari pertama, dan tidak perlu menunggu kemunculan kembali matahari tersebut.

sumber fatwa : http://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=859&Home=1&Home=1&LangID=1

sekian, wassalam
kamin, 20 Ramadhan 1432

Monday, August 15, 2011

Kiamat bermula Ramadhan tahun depan?



Lebih dari 350 judul buku menceritakan mengenai dunia akan berakhir pada tahun 2012. Tahun 2012 merupakan tahun yang diramalkan akan berlaku Kiamat. Khabaran ini dapat dilihat dari cerita fisyen sains yang berjudul 2012 arahan Roland Emmerich yang telah memulakan pengambaran pada bulan Ogos 2008 di Vancouver. Kebanyakkan cerita-cerita ini berpunca dari ahli astronomi dan agamawan. Realiti yang berlaku sekarang seolah-olah memberitahu kita bahawa dunia sudah hampir kepada penamatnya, dengan berlakunya gempa bumi dan tsunami yang hebat di Jepun baru-baru ini.

Bagi segelintir umat Islam pula, kedatangan Ramadhan 2012 merupakan titik-titk bermulanya tanda Kiamat besar. Mereka percaya bahawa peristiwa itu akan berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan 2012 pada hari Jumaat. Kepercayaan ini timbul dari beberapa riwayat yang menceritakan tentang akan kedengaran “suara jeritan yang kuat” pada bulan Ramadhan. Salah satu riwayat yang popular dikatakan riwayat dari Abdullah bin Mas’ud ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda:

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا كان صيحة في رمضان فإنها تكون معمعة في شوال وتميز القبائل في ذي القعدة وتسفك الدماء في ذي الحجة والمحرم وما المحرم يقولها ثلاثا هيهات هيهات يقتل الناس فيها هرجا هرجا قال قلنا وما الصيحة يا رسول الله قال هذه تكون في نصف من رمضان يوم جمعة ضحى وذلك إذا وافق شهر رمضان ليلة الجمعة تكون هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العوائق من خدورهن في ليلة جمعة سنة كثيرة الزلازل والبرد فإذا وافق رمضان في تلك السنة ليلة جمعة فإذا صليتم الفجر يوم جمعة في النصف من رمضان فادخلوا بيوتكم وسددوا كواكم ودثروا أنفسكم وسدوا آذانكم فإذا أحسستم بالصيحة فخروا لله سجدا وقولوا سبحان القدوس سبحان القدوس ربنا القدوس فإنه من فعل ذلك نجا ومن ترك هلك .
“Apabila kedengaran jeritan (Sayha) pada bulan Ramadhan, maka akan berlaku huru-hara dalam bulan Syawal, dan kabilah-kabilah akan membentuk kumpulan dalam bulan Zulkaedah, dan berlaku pertumpahan darah pada bulan Zulhijjah dan Muharram! Apa yang dilarang/haramkan? "Berkata tiga kali," Oh, Oh! Rakyat akan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran "Telah berkata:" Kami berkata: "Apakah Sayha (menjerit), Wahai Rasulullah?" Beliau berkata: "Ia akan berlaku di pertengahan Ramadan pada pagi Jumaatnya. Berlaku pada pada Ramadan malam Jumaat, dimana satu bunyi yang kuat (Hadda) akan berlaku, yang akan menyedarkan orang yang sedang tidur, wanita muda akan dibawa keluar dari bilik mereka, pada malam Jumaat dimana sepanjang tahun tersebut banyak gempa bumi (dan sangat sejuk). Oleh itu, apabila Ramadhan bermula pada malam Jumaat pada tahun itu, dan anda telah selesai solat Subuh pada hari Jumaat pertengahan Ramadan, ,akan masuklah kedalam rumah, tutup pintu anda, tutup tingkap anda, selimut diri kamu sendiri, dan sumbat telinga anda. Apabila anda mendengar jeritan, turun sujud kepada Allah dan berkata: "Subhanal-Quddus, subhanal-Quddus, rabbunal-Quddus (Maha Suci kepada kemuliaan yang Maha Suci, Maha Suci, Tuhan kami yang Maha Suci). "barangsiapa yang berbuat demikian akan kekal selamat, dan yang tidak melakukan akan musnah” [Kitab al-Fitan, Nuaim bin Hammad]

Riwayat ini membicarakan bahawa peristiwa ini akan berlaku pada hari Jumaat di pertengahan bulan Ramadhan. Menurut kalendar, hari Jumaat 15 Ramadhan dijangka jatuh pada tarikh 3 Ogos 2012.

Tahun 2012 juga menurut kalendar kaum Maya dan terbongkarnya kod rahsia didalam kitab Injil Perjanjian lama mengatakan dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012. Menurut kaum Maya, bumi akan berdepan dengan satu malapetaka yang amat besar yang menyebabkan kehancurannya pada tahun 2012, dan ia akan muncul semula selepasnya.

Pada tahun 1994 , sekumpulan penyelidik dikatakan telah menemukan kod rahsia dari Kitab Injil Perjanjian Lama yang mengatakan bahawa bumi akan menghadapi kehancuran, dimana akan berlakunya perlanggaran asteroid dengan bumi.

Ada juga dikalangan astrologi yang mempercayai bahawa PlanetX atau Nibiru akan memberi kesan yang hebat kepada bumi, Tidak akan berlaku perlanggaran diantara bumi dan Nibiru, akan tetapi planet ini mempunyai kuasa magnetik kuat yang boleh mengganggu stabiliti bumi apabila ia berada berdekatan dengan bumi.

Komentar terhadap hadith

Hadith diatas tadi (mengenai peristiwa hari Jumaat 15 Ramadhan) ini dikeluarkan oleh Nuaim bin Hammad didalam kitab al-Fitan, dimana sanadnya ada seorang yang bernama Ibn Lahee’ah yang sangat buruk ingatannya. Terdapat juga didalam sanad tersebut Abdul Wahhab yang dikatakan majhul (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar dan al-Hakim (Lisan al-Mizan). Terdapat juga didalam sanad tersebut individu yang bernama Muhammad bin Thabit al-Banaani yang dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn ‘Adi.

Menurut Shiekh Sulaiman bin Nasir al-Ulwan, hadith ini lemah dan terdapat didalamnya orang-orang yang diragui, dan kita tidak boleh bergantung kepada riwayat tersebut. Hadith yang dinyatakan diatas menurut Dr Salman Audah, didalam ruangan fatwanya di islamtoday (2009), kesemua hadith-hadith yang menceritakan tetang suara jeritan yang kuat pada pertengahan Ramadan statusnya Sangat Lemah (Dhaef Jiddan) dan Palsu (Maudu’). Menurut al-Zahabi didalam Kitabnya Siar A'lam Nubala', hadith ini Palsu, dan matannya (isi kandungan) pelik (gharib) dan tidak boleh digunakan untuk berhujah. Ibn al-Jawzi juga menghimpunkan riwayat ini didalam kitab al-Maudhuaatnya sebagai status Palsu.

Secara teknikal didalam ilmu hadith, riwayat diatas tidak boleh dijadikan sandaran, kerana statusnya samada sangat lemah atau palsu. Hadith ini tidak boleh digunakan untuk menjadi kayu ukur mengenai tarikh berlakunya kiamat.

Menafikan teori kalendar Maya dan planet Nibiru

Menurut seorang pakar pengkaji kaum Maya, Mark Van Stone, tidak ada sebarang petunjuk didalam kaum Maya atau Aztec yang mencadangkan wujudnya perubahan apa-apa pada tahun 2012. Menurut Susan Milbrath, kurator Seni dan Arkib Amerika Latin yang berpusat di Muzium Florida berkata : Kami tidak mempunyai rekod atau maklumat bahawa puak Maya boleh berfikir yang dunia akan tamat pada tahun 2012. Sandra Noble, Pengarah Eksekutif Yayasan Kajian Mesoamerican, mengatakan bahawa perkara ini adalah satu fabrikasi dan menjadi peluang untuk orang menjana duit. Menurut pihak NASA, malahan 21 Disember 2012 tidak wujud didalam calendar Maya.

Pihak NASA juga mengatakan bahawa tidak ada tanda-tanda planet akan terkeluar dari paksinya sekurang-kurangnya untuk beberapa dekad yang akan datang. Bumi tidak mungkin akan keluar dari orbitnya pada tahun 2012. Memang setiap tahun Bumi dan Matahari menyelaraskan (align) kearah kedudukan tengah Galaksi Milky Way, akan tetapi ini merupakan kejadian tahunan yang tidak memberi kesan kepada apa-apa..

Mengenai apakah benar-benar Planet X atau Nibiru wujud? Pihak NASA mengatakan bahawa ini merupakan penipuan internet. Tidak ada dasar kenyataan mereka. Jika benar Planet X benar wujud dan menuju kearah bumi pada tahun 2012, maka sudah tentu ramai para astronomi sudah mengenal pasti planet ini dan planet itu sendiri dapat dilhat dengan mata kasar kerana tahun 2012 akan muncul tidak lama lagi.

Fenomena ini juga dikaitkan dengan kalendar Maya ini. Pernah Mei 2003 dikatakan kiamat akan berlaku, namun tidak berlaku apa-apa dan tarikh itu telah dipindahkan ke 2012.

Sikap orang Islam

Jika kita di tanya dengan soalan bilakah akan berlaku kiamat? Katakan : hanya Allah yang mengetahui. Sains tidak mungkin dapat menjangka dengan tepat bilakah akan berlaku kiamat. Firman Allah swt :-

إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى. فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَى.
"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa." [surah Taha : 15 - 16].

Banyak sekali petanda-petanda yang menunjukkan hari Kiamat akan berlaku, akan tetapi tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Ramalan-ramalan yang didapati di internet yang menunjukkan 2012 akan berlaku kiamat adalah sama sahaja seperti ramalan kiamat yang sepatutnya berlaku pada tahun 2000 dan jelas tiada apa pun terjadi. Ini menunjukkan bahawa hanya Allah swt sahaja yang tahu bilakah masanya. Firman Allah swt :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. " [surah al-'Araaf : 187].

Bagi kita yang beriman dengan apa yang Allah turunkan (al-Quran), seharusnya kita tidak mudah mempercayai berita-berita yang tersebar diinternet. Mungkin ada yang bertanya, bukankah realitinya banyak sekali berlakunya gempa bumi disana-sini dan baru-baru ini dunia dikejutkan oleh tsunami yang berlaku di Jepun, bukankah itu petanda kiamat? Benar, Islam mengajar kita akan alamat-alamat kiamat, sehinggalah turunnya nabi Isa as. Pokok persoalan yang dibincang adalah penetapan tarikh kiamat. Malah, kematian Nabi Muhammad :saw itu sendiri menandakan bumi sudah sampai penghujungnya. Baginda adalah penutup segala Nabi, dan sudah tentu kematian baginda menandakan bila-bila masa akan berlaku kiamat.

Sekian, wassalam
kamin, 14 Ramadhan 1432.

Rujukan

1. 2012: Beginning of the End or Why the World Won't End?
http://www.nasa.gov/topics/earth/features/2012.html

2. علماء: القيامة ستقوم في 2012
http://al-ahdath.net/upload/index.php?mod=article&cat=الأحداثالدولية&article=116

Wednesday, July 27, 2011

Shiekh Mohamed Sidek al-Minshawi – suara tangisan





Ramai yang pernah mendengar suara seorang qari yang menusuk qalbu, bacaan al-Quran diantara seorang Sheikh dan muridnya. Suara ini juga kerap kedengaran di kedai menjual kaset sekitar Makkah. Kedatangan Ramadhan mengingatkan kita akan qari yang bersuara lunak ini. Beliau adalah Mohamed Sidek al-Minshawi (الشيخ محمد الصديق المنشاوي) (1969 – 1920).

Beliau merupakan anak kelahiran dari kampung al-Minshaah, Wilayah Suhaj, Republik Arab Mesir. Beliau berjaya menghafal al-Quran pada umur 8 tahun. Beliau dibesarkan didalam keluarga al-Quran terkenal, dimana bapanya Syeikh Sidek al-Minshawi merupakan qari al-Quran yang terkenal. Beliau juga pernah belahar dari uoama’ terkenal Shiekh Mohamed Salamah. Semasa kecil, beliau mempelajari hukum tajwid dari Sheikh Ibrahim As-Su’oodi. Beliau sangat terkenal di Madrasah Minshawiyah, dan dikagumi suaranya oleh rakyat Mesir. Suaranya yang istimewa menyebabkan beliau digelar “suara yang mengalirkan airmata”.

Ulama’ Mesir yang terkenal pada satu ketika dulu dan juga bekas Menteri Wakaf Mesir, Syeikh Mohamed Metawali al-Sya’rawi (April 5, 1911– June 17, 1998) mensifatkan al-Minshawi dan rakan-rakannya sebagai penunggang boat yang sedang belayar di Lautan al-Quran, dan tidak akan berhenti belayar sehinggalah Allah swt memuliakan beliau dibumi dan mereka yang ada diatasnya.

Kerana keunikan suaranya, Syiekh telah banyak membuat rakaman. Diantaranya negara yang beliau lawati adalah Palestin (Masjid al-Aqsa), Kuwait, Syria, Indonesia dan Libya. Boleh juga pernah melakukan rakaman bacaan lengkap al-Quran diradio.

Dia telah berkahwin 2 kali. Dari Isteri pertamanya beliau mendapat 4 anak lelaki dan 2 perempuan, dan dari isteri keduanya beliau mendapat 5 anak lelaki dan 4 anak perempuan. Isteri keduanya meninggal dunia semasa melakukan ibadat Haji setahun sebelum kematiannya. Pada tahun 1966 beliau telah mendapat sakit Esophageal varices (الدوالي المريئية). Walaupun beliau sakit, syiekh telah membaca al-Quran sehinggalah kematian beliau, pada hari Jumaat, 5 Rabiul Akhir 1389H bersamaan 20 Jun 1969, semasa berusia 49 tahun.

Syeikh al-Minshawi pernah ada cubaan untuk diracun melalui makanan, dimana pada satu hari (1963) beliau telah dijemput menghadiri makan malam bersama kumpulan Ahlul Bait, dan tukang masak tersebut telah diarah memasukkan racun didalam makanan sheikh. Semasa sheikh al-Minshawi hendak pulang, tukang masak tersebut telah datang kepada sheikh untuk memaklumkan sesuatu akan tetapi beliau meminta sheikh bersumpah tidak akan memberitahu sesiapapun. Setelah bersumpah, sheikh telah diberitahu bahawa tukang masak itu telah diarah memasukkan racun kedalam makanan. Tukang masak telah bersumpah dengan roti yang dikatakan dicelup racun dihadapan orang yang mengupahnya, akan tetapi sebenarnya dia tidak mencelupkan roti kedalam racun tersebut.

Beliau juga pernah menolak permintaan Presiden Abdul Nassir. Pada satu hari Presiden Abdul Nassir telah mengarahkan salah seorang Menterinya mengajak Shiekh al-Minshawi dengan berkata : Adalah dengan hormatnya menjemput Tuan ke Majlis yang akan dihadiri oleh Presiden Abdul Nassir. Syeikh al-Minshawi telah menjawab : Kenapa kehormatan ini tidak diberi kepada Presiden Abdul Nassir sendiri untuk mendengar al-Quran suara bacaan Muihamad Sidik al-Minshawi?. Dia telah menolak jemputan tersebut dan berkata : Abdul Nassir telah melakukan kesalahan ketika menghantar wakil yang paling teruk!.

Boleh download dan dengar bacaannya di laman sesawang ini sempena Ramadhan : http://www.mp3quran.net/eng/minsh_english.html

(Adaptasi dari Wikipedia - http://ar.wikipedia.org/wiki/%D9%85%D8%AD%D9%85%D8%AF_%D8%B5%D8%AF%D9%8A%D9%82_%D8%A7%D9%84%D9%85%D9%86%D8%B4%D8%A7%D9%88%D9%8A)

kamin

Sunday, May 22, 2011

Lawatan Prof Dr Wahbah al-Zuhaily : tiada laporan didada akhbar?

[gambar ihsan MSSAAS, Dr Wahbah al-Zuhaily dan Dr Zulfikfli al-Bakri]


Kedatangan beliau dinanti-nantikan bagai menunggu artis terkenal yang akan membuat persembahan agungnya dipentas. Nama Prof Dr Wahbah al-Zuhaily memang tidak asing lagi dikalangan pengemar buku-buku agama. Kita rakyat Malaysia dapat baca karangan ulama' Syria yang terkenal ini dengan adanya usaha penterjemahan yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Persatuan Ulama' Malaysia.

Karya agung beliau, al-Fiqh al-Islami wa dillatuh merupakan ensaiklopedia fiqh empat mazhab yang telah diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia oleh DBP (1994, cetakan pertama) menggunakan edisi ke 3 berbahasa arab, cetakan tahun 1989, terbitan Dar al-Fikr. Kami banyak mengambil manafaat kitab ini terutama digunakan dalam menjawab soal-jawab fiqh di al-Ahkam.net semenjak 1998. Bahasa Arab yang digunakan adalah sederhana dan mudah difahami, dan strukur kitab tersebut sangat tersusun. Setiap perbincangan akan dimulakan dengan pandangan umum, dan diikuti dengan perbahasan menurut Mazhab yang empat.

Satu lagi karangan beliau yang dikenali di Malaysia adalah al-Tafsir al-Munir, yang dicetak oleh pencetak yang sama (Dar al-Fikr) keluaran pertamanya tahun 1991, cetakan ke dua pada tahun 2003, dan cetakan ke tiga pada tahun 2005. Persatuan Ulama Malaysia telah mula menterjemahkan kitab ini pada tahun 2001 bermula dengan Juz al 'Amma, Juz 28 dan Juz 27. Kitab ini mengabungkan Tafsir Klasik dan Kontemporari. Banyak juga frasa-frasa ayat yang terdapat didalam Tafsir Ibnu Kathir didalamnya. Setiap kumpulan ayat-ayat al-Quran akan dibahagikan kepada beberapa bab; dari segi qiraat, bahasa ('irab, balaghah, mufradat al-lughawiyah), Sebab Nuzul Ayat (jika ada), Tafsir dan bayan, dan Fiqh alHayah atau al-Ahkam / hukum-hukum.

Ceramah beliau di Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam pada 14 Mei 2011 yang lalu berkisar pada isu Sumpah dan Qazaf. Ia dianjurkan oleh Persatuan Ulama' Malaysia dan ABIM. Ceramah beliau telah diterjemahkan perkataan demi perkataan oleh tokoh agamawan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, dan dipengerusikan oleh Pegawai Masjid, Ustaz Abdul Karim Omar bin Maaseng. Malah setelah selesai ceramah beliau, sebelum sesi soal jawab, Dr Wahab al-Zuhaily telah memuji cara terjemahan Dr Zulkifli. Beliau menyifatkan Dr Zulkifli sebagai seorang yang tsiqah, istilah yang digunakan didalam bidang hadith yang menunjukkan seorang yang boleh dipercayai. Jarang-jarang ceramah beliau diterjemahkan perkataan demi perkataan. Pujian ini di sambut dengan senyuman dikalangan hadirin dan tidak diterjemahkan oleh Dr Zulkifli.

Point penting yang dinyatakan oleh Dr Wahbah adalah sumpah tidak boleh digunakan didalam kes jenayah. Biasanya sumpah digunakan untuk mempertahankan diri / tujuan penafian, akan tetapi didalam isu kes tuduhan zina melalui rakaman seks baru-baru ini, sumpah digunakan untuk menuduh orang yang melakukan zina. Sungguh pelik aplikasinya.

Dr Wahbah menegaskan bahawa tuduhan berzina hanya boleh dibuat dengan hanya membawa 4 orang saksi, dimana saksi tersebut adalah orang yang tidak membuat dosa-dosa besar dan menjauhi dosa-dosa kecil. Jika tidak boleh membawa 4 orang saksi, maka Dr Wahbah menyatakan bahawa orang tersebut mempunyai ciri-ciri munafik dan pendusta! Saksi mesti bersifat adil, dan orang yang fasik tidak boleh dijadikan saksi. Dia boleh dikenakan hukum Qazaf, kerana menuduh seseorang tanpa membawa empat orang saksi.

Teknologi moden yang beliau sifatkan sebagai kaedah yang dipelopori oleh Holywood tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti. Pernah satu ketika dahulu pernah digunakan untuk memerangkap seorang ulama' Mesir dengan menggunakan kaedah cropping dan sebagainya, yang menunjukkan gambaran superimpose ulama' tersebut menari bersama artis wanita.

Beliau menasihatkan orang yang di tuduh, yang merupakan Ketua Pembangkang agar jangan ambil peduli tuduhan-tuduhan ini, sebaliknya mendekatkan diri dengan Allah swt. Apabila ditanya dengan beberapa soalan yang seakan-akan sama, lantas beliau bertanya : Apakah kita mahukan Syariah Islam atau Syariah Syaitan?

Kedatangan Dr Wahbah al-Zuhaily sekurang-kurangnya dapat membersih fitnah-fitnah yang dicetuskan oleh media cetak dan media elektronik oleh pihak-pihak tertentu. Dr Wahbah mengingatkan kita mengenai bala' yang telah Allah turunkan, seperti kejadian Tsunami. Jelas dan amat-amat menjijikkan apabila pihak media seolah-olah menjemput bala' dan malapetaka dari Allah swt. Mereka seolah-olah menjadikan isu agama dan hukum ini sebagai bahan santapan yang boleh menjatuhkan imej seseorang. Isu-isu ini seolah-olah mengadili kesalahan dan menghukum si-tertuduh.

Yang paling menyedihkan lagi, kedatangan Tokoh Maal Hijrah tahun 2008 ini tidak ada langsung liputannya didalam media elekronik yang menyokong kerajaan. Hanya harakahdaily yang melapurkan ceramah tersebut. Apakah media-media ini tidak mahu menjernihkan fitnah-fitnah yang mereka telah sebarkan?? Mungkin yang menjemput Dr Wahbah al-Zuhaily adalah NGO, yang memihak kepada si-tertuduh agaknya. Rupa-rupanya kita lebih gemar berita sensasi yang penuh dengan pendustaan dari berita yang memaparkan kebenaran dan hak. Hampar sungguh tindakan media-media ini. Moga-moga Allah menyelamatkan kita semua dari fitnah dan ujian ini. WA.

sekian, wassalam

Tuesday, May 03, 2011

Shiekh al-Azhar mengkritik pembuangan mayat bin Laden di Laut


[Sheikh al-Azhar]

Shiekh al-Azhar, Dr Ahmed al-Tayyib mengutuk perbuatan membuang mayat Osama bin Laden kedalam Laut, dan mengganggap perbuatan itu mencemar Agama dan negara-negara Islam.

Shiekh menyebut didalam kenyataan yang dikeluarkan oleh al-Azhar bahawa, jika apa yang dinyatakan di media adalah benar, mengenai pembuangan mayat bin Laden di Laut, maka beliau mengutuk perbuatan tersebut sekeras-kerasnya. Menghormati mayat adalah dengan cara menanamnya.

Didalam kenyataannya lagi beliau menyebut bahawa adalah bercanggah dengan semua nilai keagamaan dan norma kemanusiaan. Kata beliau lagi, tidak dibenarkan didalam Undang-Undang Islam untuk melakukan sedemikian, tidak mengira apa juga pegangannya.

Penasihat kepada Shiekh al-Azhar didalam Dialog Antara Agama, Mahmoud al-Azab mengatakan “jika benarlah mayat Osama bin Laden telah dibuang kedalam Laut, Islam menentang secara total perbuatan tersebut”

“Kita menghormati mayat tersebut, samada dia telah dibunuh atau mati atas sebab kematian biasa. Kita hendaklah menghormati jasad setiap orang, tidak kira samada dia beriman atau tidak, Muslim atau bukan Muslim” . Beliau menegaskan “Islam menentang perbuatan ini secara total, dan Islam tidak menerima pengkebumian di Laut, tetapi hanya di bumi”

Seorang peguam Mesir, Montaser al-Zayat memberitahu al-Jazeera bahawa bin Laden hendaklah dikebumikan ditanah asalnya, Arab Saudi, dan adalah menjadi tuntutan moral bagi Kerajaan Arab Saudi memohon agar mayat Osama dikebumi di wilayahnya.

Awal sebelum ini, pegawai resmi US berkata bahawa mayat bin Laden telah dibuang ke Laut setelah dibunuh oleh tentera US yang berpusat di Pakistan, dan ada yang berkata “matlamatnya adalah untuk mengelakkan kubur tersebut dijadikan tugu kepada penyokongnya”.

Dari sumber AFP, pegawai kanan US yang enggan namanya disebut mengatakan bahawa, “Mayat bin Laden telah disolatkan pada jam 5:10 pagi Isnin waktu GMT, dan upacara tersebut mengambil masa 50 minit, diatas Kapal Pengangkut Kapal terbang, Carl Vinson di Lautan Oman”

Tambah beliau, “mereka telah menyempurnakan mayat mengikut hukum dan bersolat jenazah secara Islam, jenazah bin Laden telah dimandikan, dan dikafankan dengan kain putih dan dimasukan kedalam bag timbangan. Pegawai tersebut telah membaca do’a yang telah diterjemahkan kedalam Bahasa Arab oleh penterjemah, dan selepas itu mayatnya diletakkan diatas papan leper dan dimasukkan kedalam Laut”

New York Times pada mulanya melaporkan bahawa mayat bin Ladin telah dihantar ke Afghanistan setelah terbunuh dan di kebumikan kemudiannya kedalam Laut. AFP telah melaporkan bahawa seorang pegawai US memberitahu bahawa keputusan mengkebumikan dilaut disebab “sukar mendapat mana-mana negara untuk menerima mayat tersebut”.

Sumber : http://www.aljazeera.net/NR/exeres/9BD110E7-F396-4E85-9573-3CE1DF874220.htm

Saturday, February 19, 2011

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi berkhutbah di Dataran al-Tahrir
(al-Jazeera.net, 18 Feb 2011)



[Syeikh al-Qaradhawi menyampai Khutbah]


Beberapa minit sebelum Azan, Dataran Tahrir telah di isi dengan berjuta orang yang datang untuk menunaikan solat Jumaat buat kali pertama dalam 30tahun di belakang al-'Alaamah Dr Yusuf al-Qaradhawi.

Subhi Aziz, seorang Kristian, diantara ramai mereka yang membawa anak ke Dataran tersebut dengan membawa bendera Mesir.

Bercakap kepada wartawan al-Jazeera, beliau mengalir air mata mengenang peristiwa ini. Dia tidak kisah airmatamya mengalir kerama terharu melihat anaknya membawa bendera Mesir di Dataran ini, dan ini merupakan Jumaat Kemenangan. Ini merupakan satu sambutan kemenangan kami keatas regim yang korupt.

"Pada masa dahulunya kami keluar membawa bendera menyambut Piala Afrika dan semasa memberi sokongan kepada beberapa pertandingan. Peristiwa itu yang mengajar kami membawa bendera Mesir. Mereka cuba memalsukan isu-isu yang berlaku di tanahair, akan tetapi telah makan Tuan, sihir telah memakan tukang sihirnya, pemuda telah belajar mengibarkan bendera mereka untuk menegakkan keadilan dan kebebasan"

Walaupun Subhi seorang Kristian, ia tidak menghalang beliau datang ke Dataran untuk mendengar khutbah Syeikh al-Qaradhawi bersama anaknya. Menurut beliau "perkataan al-Syiekh merupakan silap mata didalam penerusan revolusi (إنه كان لكلمات الشيخ فعل السحر في استمرار الثورة)"

Khutbah al-Qaradhawi

Beliau mengaitkan cerita Firaun, dan tingginya daya tahan / keinginan pemuda Mesir dengan izin Allah swt turun padang tanpa gentar.

Kata beliau : "orang-orang muda ini tidak takut akan Firaun dan Haman, tidak takut akan keselamatan negara, Keldai dan Baghal, maka Allah memberi kemenangan kepada mereka"

Beliau menegaskan bahawa revolusi belum lagi selesai, akan tetapi baru bermula dan akan diteruskan untuk membina Mesir baru. Beliau memberi amaran kepada pemuda2 agar tidak menggadaikan peluang, menyeru agar mereka mengekalkan perpaduan dan bukan melakukan konfransi.

Syeikh mengatakan bahawa regim lama menggunakan teknik kelaparan dan ketakutan. Beliau merujuk kepada penyeludupan 3 billion dollar ke luar negara, yang pada beliau duit itu boleh membayar hutang-hutang Mesir, dan memperbaiki keadaan sekarang dan masa hadapan.

Shiekh mengajak agar pemuda Kristian sujud syukur di Dataran Tahrir mencontohi pemuda Islam, menzahirkan model2 memastikan (confirm) berakhirnya pembahagian(sektorian) yang menyakitkan dan fanatik membuta. Beliau menekankan perlunya mengekalkan semangat (spirit) dikalangan warga negara Mesir (Misriiyiin).

Syeikh memuji Askar Mesir, menyifatkan mereka sebagai perisai tanah air. Kata Syiekh, pihak tentera tidak mengecewakan rakyat, malah mereka lebih mulia dari kalangan orang kenamaan, dan bukanlah kurang kesetiaan sebagaimana tentera Tunisia.

Beliau menjelaskan bahawa tentera Mesir jamin untuk memastikan hak bersuara secara aman, dan tentera tidak menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan (demonstrator).

Beliau memuji pihak tentera kerana mempercepatkan peralihan kuasa, dan penolakkan terhadap kerajaan yang dibina boleh Mubarak.

Kata beliau, setiap kali rakyat melihat wajah-wajah didalam kerajaan, ia akan mengingatkan mereka tentang kerajaan yang zalim dan diktator, menyeru akan terbentuknya Kerajaan Sivil yang dihormati dan membebaskan segera tahanan politik.

Revolusi orang muda

Jalan ke Dataran Tahrir tidak seperti hari-hari revolusi. Tiada ketakutan dari dibuli, tiada kelihatan pegawai Polis, namun kelihatan pegawai-pegawai dan tentera-tentera yang menunjukkan mereka semua datang menyambut perayaan jutaan manusia selepas revolusi.

Zahra (16 tahun), menahan pejalan-kaki dan meminta mereka agar tidak mendengar kepada suara-suara lain dari suasana perayaan ini berkata "Kita pada hari ini memetik buah-buahan hasil kerja kita. Kita tidak mahu seorang pun merosakkan sambutan ini"

Begitu yakin Zahra menzahirkan kemenangan, berdiri didalam barisan pemeriksaan untuk untuk masuk ke Dataran Tahrir.

Tambah Zahra lagi "Kami ingin menunjukkan kekuatan kami. Mereka (iaitu Kerajaan dan tentera) sedang memerhatikan kami yang mengakibatkan terpancarnya revolusi dan jatuhnya bekas Presiden regim lalu, yang culas menunaikan permintaan kami. Akan tetapi kita akan memaksa mereka mempercepatkan perlaksanaan".

sumber asal : http://www.aljazeera.net/NR/exeres/1724A7E2-C521-41B7-8A02-CAD559CF8B2B.htm


Video Khutbah al-Qaradhawi di Dataran Tahrir (18feb2011)
http://www.youtube.com/watch?v=WSF91-i0l30

Syeikh al-Qaradhawi mengimamkan solat Jumaat di Dataran al-Tahrir
http://www.youtube.com/watch?v=c-TAXBK6xqE

Sunday, February 06, 2011

Israel khuatir wilayah baru selepas Mubarak
oleh Saleh Al Naami

(Khamis, 30 Safar, 1432 / 3 Feb 2011)


Walaupun kenyataan telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Menteri-menteri dan Pegawai Tinggi Israel masih tidak memberi sebarang komen mengenai apa yang berlaku di Mesir. Mereka prihatin akan kebangkitan yang berlaku di Mesir. Wakil Zionist yang muncul pada pagi Jumaat melahirkan perasaan optimis bahawa regim Mubarak berkebolehan meredakan kemarahan rakyat Mesir, akan tetapi perasaan optimistik hanyalah impian yang diperbesarkan.

Disebalik scenario tersebut, berlaku pertemuan beberapa wakil Israel yang sedang membuat perhitungan situasi terakhir keadaan di Mesir. Pihak Israel dan Agensi Keselamatan Zionist sedang merahsiakan keputusan yang telah mereka ambil setelah membentuk jawatankuasa khas yang terdiri dari wakil-wakil perisikan dan Kementerian Luar Negeri yang dikatakan bekerja 24jam mengikuti perkembangan di Mesir.

Persoalan disini adalah, apakah yang mendorong pihak yang berkuasa Zionist begitu mengambil berat mengenai apa yang berlaku di Mesir?

Nasib perjanjian Camp David

Tidak dapat dinafikan, krisis ini telah menimbulkan rasa panik dikalangan pihak pembuat keputusan Zionist, dimana regim Mubarak yang kecundang akan menentukan sistem demokrasi Kaherah dan kedudukan perjanjian Camp David. Masyarakat Mesir melihat akan negaranya dibendung dari aspek politik dan pembangunan intelektual dari dunia luar. Kelihatan perjanjian ini telah benar-benar mengikat Mubarak, baik diperingkat Negara Arab atau peringkat antarabangsa. Mesir buta-buta dibawah telunjuk pentadbiran US dan Israel, menjalankan beberapa peranan utama, agar menjaga kepentingan Amerika dan Israel.

Tel Aviv khautir akan apa-apa keputusan atau perubahan kepada sistem sekarang akan meninggalkan kesan kepada perjanjian Camp David. Ini bermakna akan berlaku perubahan terhadap strategi Israel keseluruhannya, perkembangan ini terkesan kepada entiti Zionist, iaitu doktrin keselamatan Israel, Peta sekitar Israel akan dilakar semula, dan ini adalah satu ancaman kepada Israel. Kekhuatiran ini akan memuncak dengan transformasi Mesir yang bermungkinan menjadi "musuh" mereka baik dari segala aspek. Ini memerlukan Israel menghantar kembali tenteranya dengan cara yang berbeza, Ia juga akan menyebabkan penurunan guna tenaga askar Israel dan peningkatan kos yang terlibat.

Bebola salji, tetapi membakar

Teror dihati Zionist adalah transformasi politik negara Arab, dimana bebola salji ini bermula di Tunisia dan tidak akan berakhir di Mesir, tetapi akan mengalir kepada negara lain, terutamanya Jordan, merupakan dua jiran Palestine. Peralihan kuasa ini akan membawa pada satu sistem yang baru, berdasarkan kepada pilihanraya, dan ini akan menjejaskan perubahan polisi negara-negara ini. Tidak dapat dibendung lagi, bahawa Israel berada didalam keadaan panik dengan realiti yang akan berlaku di Jordan. Tidak perlu diingatkan kembali bahawa sempadan terpanjang Palestine adalah Jordan. Jika berlakunya perubahan kepada Jordan, resiko keatas Israel adalah kawalan keselamatan sempadan, dan besar impaknya jika Mesir juga menukar pemerintahannya.

Para penganalisa Zionist menjangka akan berlakunya perkembangan baru diantara kedua-dua negara, Jordan dan Mesir, setelah selesai perubahan kuasa, di mana mereka mengandaikan kerjasama perisikan antara pihak Israel dan pihak berkuasa Mesir dan Jordan akan dihentikan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Israel Silvan Shalom.

Momentum kepada perjuangan Palestine

Forum strategik di Tel Aviv juga melihat kepada pekembangan perubahan demokrasi di Mesir, Jordan dan negara-negara lain sebagai keuntungan besar kepada pejuangan Palestine, dan menurut jangkaan Zionist, transformasi demokrasi akan menuju kearah berikut :-

a. Menghormati pandangan awam. Regim demokrasi baru di dunia Arab tidak akan bekerjasama dengan Israel yang memerangi pejuang Palestine.

b. Regim demokrasi dunia Arab yang baru tidak akan bertoleransi dengan tekanan Israel terhadap pejuang Palestine. Regim baru ini akan membawa isu ini keperingkat antarabangsa dan akan mengurangkan tipu daya yang dihadapan Israel.

c. Membebaskan mereka dari ketakutan halangan sistem keselamatan regim yang zalim, dan akan memperhebatkan reaksi dijalan-jalan negara Arab terhadap keganasan Israel, dan ia akan bertukar bentuk yang tidak akan berpihak kepada kepentingan Amerika dan Israel.

d. Kejatuhan regim diktator ini akan menjadi tamparan kepada pihak berkuasa Ramallah dan akan mengurangkan jurang sebelum ini, kita tahu bahawa mereka menghadapi dilema kerana keengganan kerajaan Netanyahu menunjukkan kelonggaran terhadap mereka.

Sistem wilayah yang baru

Kita bersetuju sebulat suara bahawa pihak Zionist menjangka adanya perubahan demokrasi di dunia Arab, yang akan menuju kearah perubahan baru dari aspek prioriti regim Arab, menjangka kebangkitan sistem wilayah yang baru, berserta dengan agenda baru. Para pengkritik Zionist menekankan bahawa Israel dan Amerika akan mengalami kerugian yang teruk dengan adanya sistem wilayah yang baru ini.

Senarai sekutu dan musuh akan perbaharui, dimana adalah jelas Iran akan terkeluar dari senarai musuh, dimana pada masa dulunya regim Mubarak secara sukarela menjalankan perkhidmatan propaganda anti-Iran bagi pihak US, dan perkara ini akan ditamatkan jika berlaku perubahan didalam didalam revolusi Mesir. Apa yang berlaku di Mesir, boleh berlaku dinegara lain juga.

sumber : http://www.islamtoday.net/albasheer/artshow-13-145496.htm
(terjemahan kamin, 6 Feb 2011)