Amat menyedihkan apa bila mendengar berita kematian Syiekh Atiyyah Saqr, bekas Pengerusi Jawatan kuasa Fatwa al-Azhar, yang telah meninggalkan kita pada hari Sabtu, 9 Disember 2006, akibat sakit di Hospital Kasr Alainy. Jenazah beliau telah di solatkan pada keesokkan harinya di Masjid Rashdan di Nasr City.
Syiekh merupakan seorang ulama' al-Azhar yang bermanhaj sederhana dan berfikiran terbuka. Lihat sahaja fatwa-fatwa beliau didalam buku-bukunya seperti Ahsanu al-kalam,Fataawa LilMar'ah al-Muslimat, Mausu'ah Usrah Tahta ri'aayah al-Islam dll, mengambarkan beliau mengamalkan pendekatan yang amat moderate.
Masih terdengar lagi rakaman video yang di buat oleh Pelajar-pelajar Terengganu di al-Azhar didalam satu temu-bual bersama Syiekh Atiyah Saqr di rumah beliau pada tahun 2003. Beberapa petikan video ini dapat di lihat di laman al-Ahkam - http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14868
Didalam temu-bual itu, Syiekh telah ditanyakan pelbagai soalan termasuklah pembahagian Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma' wa sifat. Beliau mengatakan bahawa pembahagian itu adalah persoalan istilah yang di persetujui oleh beberapa ulama', dan bukanlah ia satu pembahagian yang bid'ah. Beliau juga ditanya mengenai Syiekh Muhammad bin Abdul Wahab dan katanya; Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab merupakan seorang soleh dan muslih dini, terlibat didalam kerja-kerja membersihkan agama Islam yang telah dinodai oleh perkara-perkara mungkar dan bid'ah pada masa itu
Kalau dilihat diruangan Soal-Jawab al-Ahkam, para moderator banyak juga menggunakan kitab Ahsanul Kalam beliau sebagai rujukan didalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Laman IslamOnline.Net juga melantik beliau sebagai salah seorang dari panel fiqhnya, maka kita dapat lihat beberapa fatwa dari kitab Ahsanul Kalam telah dijadikan bahan tantapan pembaca.
Kepada Syeikh Atiyyah Saqr, moga-moga Allah menempatkan Rohmu bersama-sama orang-orang yang soleh.
------------
Attiyah Saqr ulama' pertengahan al-Azhar meninggal
Kaherah - Subhi Mogahed / IslamOnline. Net
Hari Sabtu, 9 Disember 2006 merupakan tarikh pemergian ke rahmatullah bekas Pengerusi Jawatan Kuasa Fatwa Al-Azhar, Syiekh Atiyyah Saqr, yang berumur 92 tahun, setelah menghabiskan waktunya untuk agama dan beliau terkenal sebagai seorang mempunyai manhaj moderate dan mengeluarkan fatwa yang lantang.
Ulama al-Azhar mensifatkan beliau sebagai "ulama yang lantang dan sederhana didalam fatwanya dan dari kalangan ulama' al-Azhar beliau telah mewariskan fatwa-fatwa yang luas sebagai bahan rujukan kepada jawatan kuasa fatwa; didalamnya terdapat beberapa fatwa isu-isu yang penting."
Syiekh Atiyyah Saqr meninggalkan ensaiklopedia hukum hakam yang besar. Salah satu yang paling penting ialah beberapa siri fatwa dan hukum-hakam didalam Fiqh Ibadat dan siri Fiqh Usrah Muslimat. Syiekh terkenal dimasa lalu kerana program radionya yang terkenal "Fataawa wa Ahkam" yang berlangsung selama 15 tahun.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Fatwa al-Azhar : "perkara yang dapat mengubati kesedihan kita mengenai kehilangan Syiekh Saqr adalah pemberian ilmu pengetahuan yang beliau curahnya, yang menyinari segenap lapisan manusia mengenai hal-ehwal agama dan dunia yang beliau berikan kepada umat Islam; semua fatwa-fatwanya penting."
Dr. Mohammed Raafat Othman, Ahli Institut Penyelidikan Islam berkata : "Syeikh Saqr merupakan salah satunya Saintis Pyramid Mesir; dimana Mesir telah melahirkan ramai saintis yang dianggap sebagai Pyramid; penilaiannya termasuklah pengetahuan, persembahan yang baik, penggunaan bahasa yang elegant, petah bertutur dan pengetahuan yang saintifik."
Beliau mensifatkan Syiekh sebagai seorang yang mempunyai pemikiran sederhana, katanya : "Saya telah beberapa kali berjumpa dengan Syiekh dan mendapati beliau mempunyai pemikiran yang sederhana dan jauh dari pemikiran yang tidak fleksibel".
Menurut Syiekh Abdullah Mogawer, Setiausaha Agung, Jawatan Kuasa Tertinggi Dakwah Islamiyah al-Azhar berkata : "Syiekh merupakan seorang yang amat pemurah sepanjang hidup beliau. Beliau gemar menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar yang datang dari segenap lapisan dunia Islam, dan bukti yang terbaru beliau telah menyampai ceramahnya minggu lepas kepada pelajar yang baru tiba, dimana beliau dijadualkan untuk berceramah pada setiap minggu".
Syiekh Saqr di lahirkan pada tahun 1914 di Sharqiyah Govenorate (terletak di utara Kaherah) dan mendapat Ijazah tertinggi pada tahun 1943. Beliau dilantik sebagai pegawai penterjemah bahasa Perancis di Institut Penyelidikan Islam pada tahun 1965. Beliau berkhidmat sebagai timbalan di pejabat Penyelidikan al-Azhar pada tahun 1969, dan seterusnya sebagai Pengurus di Pejabat Syiekh al-Azhar pada tahun 1971. Pada tahun 1972 beliau telah di lantik sebagai Penolong Setiausaha Agung kepada Institut Penyelidikan Islam. Beliau juga telah menjadi Presiden Jawatan kuasa Fatwa al-Azhar pada tahun 80an
Olahan dari sumber : http://www.islamonline.net/Arabic/news/2006-12/09/15.shtml
No comments:
Post a Comment