Friday, September 18, 2009

Server al-ahkam.net mengalami masalah hardisk



Assalamu'alaikum

Pihak al-Ahkam ingat memohon ma'af kepada semua pengunjung kerana laman web al-ahkam.net tidak dapat dicapai semenjak 14-September-2009 sehingga ke hari ini akibat dari kerosakan yang terjadi kepada hardisk al-ahkam.

Disebabkan minggu ini merupakan cuti Eid al-Fitr, kerja-kerja memperbaiki server akan hanya dimulakan sebaik sahaja berakhirnya cuti Hari Raya. Pihak al-ahkam.net sedang berusaha membawa keluar server tersebut dari Pusat Data TMNET petang ini untuk kerja baik pulih.

In Sya Allah pihak kami akan memaklumkan kepada anda semua sebaik sahaja server tersebut selesai diperbaiki. Do'akan agar Allah swt memberi kemudahan kepada pihak kami agar server tersebut dapat dipulihkan dengan kadar segera.

Sempena Eid al-Fitr, bagi phak krew al-ahkam.net dan semua moderatornya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin- Taqabbala Allaah minna wa minkum ( تقبل الله منا ومنكم ).

Sekian, wassalam
kamin, bagi pihak al-ahkam.net

1 comment:

..::بشرى::.. said...

Ya Allah..sy jarang buka web lain,sy mengenal manhaj sunnah pun dgn AAN,walaupun jarang berforum,tp AAN sgt byk manfaatnya..sy rasa sedih sgt ttg apa yg berlaku..sy harap semuanya akan di mudahkan Allah..amiin..sy rindukan AAN!