Seputar ucapan Maa Syaa’ Allah
Ucapan mā shā’a’Llāh
atau Maa Syaa’ Allah (مَا
شَاءَ اللَّهُ) ini merupakan kalimat
yang sinonim didalam penghidupan orang Islam, lebih-lebih lagi reaksi mereka
ketika terperanjat atau terkejut. Namun demikian, ada juga yang menyebut
kalimah tersebut tanpa menjiwai maksudnya ; Inilah kekuasaan Allah. Ada juga
yang menyebut kalimah ini dalam semua keadaan atau situasi, dan bukanlah kalimat
yang sesuai jika situasi itu sesuatu yang negative, seperti sedih, dukacita,
dsb. Menyebut kalimat mā shā’a’Llāh didalam situasi ini seolah-oleh
mengambarkan “aku menjadi sedih begini adalah kerana kehendak Allah” dengan
nada tidak puas hati.
Pernah satu aduan diterima menyatakan bahawa seseorang telah
ditegur oleh Abang iparnya kerana menyebut mā shā’a’Llāh semasa menjelaskan
sesuatu yang negatif. Abang Iparnya berkata kepadanya: “inilah orang Melayu
kita, menggunakan zikir-zikir pada tempat yang salah. Sebab itulah kita kena
belajar, bukan tahu sebut sahaja. “
Mungkin pada ketika itu Abang iparnya emosi
sedikit, kerana tidaklah menjadi kesalahan yang besar menyatakan demikian dalam
keadaan menerima segala kesukaran dan kepahitan dengan bersandarkan kepada
takdir Allah, dan bukan bertujuan menyalahkan Allah. Namun, kesesuaian aplikasi
kalimah tersebut hendaklah disesuaikan pada tempatnya. Misalnya, seseoramg
menziarahi orang mati, perkataan yang sesuai adalah memohon kepada Allah agar
mengampunkan roh si-mati, meringankan kesedihan dan bebanan orang yang
dikasihi, dan bukan lah berkata : Ini adalah kehendak Allah.
Dari mana asalnya kalimat zikir mā shā’a’Llāh ini? Ada dikalangan ulama’ menyatakan bahawa amalan menyebut zikir ini datangnya dari firman Allah swt :-
Dari mana asalnya kalimat zikir mā shā’a’Llāh ini? Ada dikalangan ulama’ menyatakan bahawa amalan menyebut zikir ini datangnya dari firman Allah swt :-
“Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata:
(Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan
dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang
harta dan anak berbanding denganmu.” [al-Kahfi : 39].
مَا أَنْعَمَ اللَّه عَلَى عَبْد
نِعْمَة مِنْ أَهْل أَوْ
مَال أَوْ وَلَد فَيَقُول
مَا شَاءَ اللَّه لَا
قُوَّة إِلَّا بِاَللَّهِ فَيُرَى
فِيهِ آفَة دُون الْمَوْت
“Sesiapa yang telah diberikan nikmat oleh Allah dengan
kebaikkan dalam bentuk keluarga, harta, maka hendaklah berkata : Apa yang
dikehendaki Allah. Tiada kuasa melainkan Allah (mā shā’a’Llāh lā quwwata illā
bi’Llāh), maka dia tidak akan menghadapi musibah melainkan kematian”.
Ibn Kathir mencatatkan bahawa Abu Fath al-Azdiy Eesa
mengatakan bahawa hadith ini tidak sahih. Al-Haithami (Majmu’ al-Jawaaid, 5/109)
mengatakan bahawa hadith ini sangat lemah (dhaif jiddan). Walaupun hadith ini
kelihatan sangat lemah, Imam Malik mengesyorkan bahawa hendaklah membaca
kalimat : “mā shā’a’Llāh lā quwwata illā
bi’Llāh” apabila hendak masuk rumah, berdasarkan hadith : Abu Musa
meriwayatkan: bahawa Nabi :saw berkata kepada ku :
ألا أدلك على كنز
من كنوز الجنة ؟"
فقلت: بلى يا رسول
الله قال: "لا حول ولا
قوة إلا بالله
“Apakah tidak mahu aku tunjukkan kamu harta dari harta
syurga? Aku berkata : Bahkan Ya
Rasulullah!. Berkatalah : Tiada daya upaya melainkan dengan kekuasaan Allah
('La hawla wa la quwwata illa billah).” [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
Perbezaan pendapat
Ada dari kalangan segelintar ulama’ yang berpendapat – ayat
tersebut [surah al-Kahfi:39] tidak bagus untuk dijadikan sebagai dalil (yang
membenarkan bacaan Ma Syaa Allah) kerana ia tidak ada kaitan dengan subjeknya,
dimana Allah swt telah memusnahkan kebunnya kerana kufur dan tidak bersyukur.
Menurutnya lagi, hadith yang menyokong zikir tersebut bertaraf dhaif jiddan
(lemah sangat) dan tidak boleh dijadikan sandaran. Malah ada dikalangan mereka
yang menyatakan mereka yang mengamalkan zikir “mā shā’a’Llāh” ini telah
melakukan bid’ah!
Kenapa jadi amalan bid’ah pulak? Imam Malik rh. membenarkan
membaca ayat tersebut apabila masuk rumah. Walaupun hadith ini dikelaskan
sebagai dhaif jiddan sekali pun, ini hanyalah suatu do’a yang mengaitkan
kejadian yang dikagumi tersebut dengan kekuasaan Allah. Ayat tersebut pun tidak
menunjukkan kesilapan dari segi fiqh dan aqidah. Amalan membaca mā shā’a’Llāh
apabila melihat sesuatu kurniaan Allah itu telah diamalkan semenjak zaman Salaf
lagi. Ibn Qayyim rh sendiri mencadangkan
kepada sesiapa yang masuk ke rumah atau kebunnya, agar dibacakan zikir : mā
shā’a’Llāh lā quwwata illā bi’Llāh berdalilkan ayat 39, surah al-Kahfi dan
beliau tidak nampak apa-apa keburukan membaca zikir tersebut.
Namun, kalaulah bacaan “mā shā’a’Llāh” ini dibaca pada
perkara-perkara yang negative, seperti yang berlaku terutamanya pada diri
sendiri, bolehlah kita katakan “tidak sesuai” kerana ia boleh bermaksud
menyalahkan Allah diatas perkara tersebut.
Alternatif kepada Maa Syaa’ Allah
Disana terdapat sebuah hadith yang menyebut jika seseorang
itu melihat sesuatu kelebihan berlaku, atau mendapat sesuatu, hendak dia
mendo’akan keberkatan. Sabda Nabi :saw :
إذا رأى أحدكم من
نفسه أو ماله أو
من أخيه ما يعجبه
فليدع له بالبركة فٍان
العين حق
“Barangsiapa yang melihat sesuatu pada dirinya atau miliknya
saudaranya yang dia sukai, maka berdo’alah untuk keberkatannya, kerana mata
kejahatan itu benar” [Ibn Majah].
Menurut Ibn Qayyim rh, seseorang yang merasa senorok
mendapat kebaikkan hendaklah menyebut : Allahumma Barak Alayhi. Begitu juga dengan lafaz2 seperti
:Barakallahu alayhi, Barakallahu feehee, or Barakallahu lahu.
Kesimpulan, hendaklah kita mengambil sikap sederhana didalam
mengamalkan amalan-amalan Islam. Kalimat mā shā’a’Llāh walaupun sandaran
hadithnya kelihatan lemah, namun pengamalnya tidak boleh dikatakan melakukan
bid’ah. Tidak semua yang Nabi :saw tidak
lakukan itu semuanya bid’ah, dan lebih-lebih lagi ia bukannya hadith palsu dan
ia hanya sekadar do’a sahaja. Kalimat mā shā’a’Llāh ini sudah menjadi kebiasaan
umat Islam mengamalkannya apabila melihat sesuatu nikmat atau kurniaan. Disana
juga kita dianjurkan untuk mendo’akan keberkatan kepada mereka yang menerima
nikmat tersebut. WA.
29-09-2013
kamin
No comments:
Post a Comment