Laut terbakar didalam surah Thuur
وهذا المشهد يؤكد صحة ما جاء في القرآن
يقول تعالى: (وَالطُّورِ * وَكِتَابٍ مَسْطُورٍ * فِي رَقٍّ مَنْشُورٍ * وَالْبَيْتِ الْمَعْمُورِ * وَالسَّقْفِ الْمَرْفُوعِ * وَالْبَحْرِ الْمَسْجُورِ * إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَاقِعٌ * مَا لَهُ مِنْ دَافِعٍ) [الطور: 1-8]
لنتأمل ونسبح الله تعالى:
كيف تختلط النار بالماء وعلى الرغم من ذلك
لا تطفئ الماء النار ولا تبخر النار الماء،
بل يبقى التوازن، فسبحان الله !
Terjemahan : “Gambar sebenar mengenai “Laut yang penuh” (al-Bahr al-Masjuur) yang Allah swt telah bersumpah dengannya. Penemuan ahli saintis terhadap fenomena ini hanya selepas abad ke 14 yang lalu. Peristiwa ini menjelaskan kebenaran al-Quran. Firman Allah swt :-
“At-Tuur . Demi Gunung Tursina. Dan demi Kitab yang tertulis dengan rapi. Pada lembaran surat yang terbuka. Dan demi "Al-Baitul Makmur". Dan demi bumbung yang tinggi. Dan demi laut yang penuh tepu (dengan kepanasan). Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku. Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya. “[Surah Thurr : 1-8].
Maka nilai sendiri dan segala pujian bagi Allah. Fikirkan, bagaimana Api dan Air boleh bercampur. Air tidak dapat memadamkan Api, dan Api tidak melakukan sejatan terhadap Air. Akan tetapi, bakinya tetap tinggal….. Maha Suci Allah..Allahu Akbar. “
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Didalam tafsir Ibn Kathir, al-Hafiz Ibn Abu Al-Dunya melaporkan bahawa Ja’far bin Zaid al-‘Abdi berkata : Satu malam di Madinah, Umar ra. keluar menyiasat keadaan orang Islam dan telah melalui rumah seseorang yang sedang melakukan Solat Sunat. Umar ra. berdiri disitu dan berdiam diri sambil mendengar bacaan surah Thuur dari mula, sehinggalah ayat 7-8 : “Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku. Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya. “ [Thuur : 7-8].
Umar berkata ; Demi Tuhan Ka’bah, ini satu sumpah yang benar!. Umar ra. membuka tali untanya dan duduk bersandarkan dinding berseorangan. Kemudian dia kembali ke rumah dan sakit selama satu bulan. Semasa sakitnya, ada yang melawat beliau, namun tidak siapa pun yang tahu sebab penyakitnya.
Moga-moga kita sentiasa menghayati isi kandungan al-Quran lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan ini. WA.
Sekian, wassalam
kamin, 18 Ramadhan, 27Julai2013.
No comments:
Post a Comment