هل المشاركة في الانتخابات لون من ألوان الجهاد؟
Soalan : Apakah hukum pilihanraya dari sudut syariah dan apakah benar ia merupakan jihad yang besar? Kemudian apakah tidak wajib jemaah Islam yang tidak menyertai proses pilihanraya? Moga Allah melindungi kamu.
Nama Mufti : Syiekh Faisal Molawi
Jawapan :-
Dengan Nama Allah, segala pujian bagi Allah, selawat dan salam keatas Rasulullah saw, waba'du ..
Kewajiban seorang Islam ialah mengerjakan perintah ma'ruf dan mencegah kemungkaran didalam masyarakat yang mereka tinggal bersama. Pilihanraya adalah salah satu dari cara yang membolehkan orang Islam melaksanakan kewajiban mereka, dengan mengenakan kaedah "kemudaratan yang ringan" keatas orang Islam berkenaan dengan calonnya didalam pilihanraya, kemudian dia akan memilih calon yang lebih baik kearah Islam, dan jika tidak berjumpa calon sebegitu, bolehlah memilih calon yang kurang sedikit kemudharatan (bahaya) keatas orang Islam, dan dengan ini dapat menolak kembali kemudharatan dari orang Islam keatas apa yang memungkinkan. Maka dengan ini terbentuklah penyertaan didalam pilihanraya yang merupakan salah satu dari jenis jihad.
Pakar rujuk Shiekh Faisal Molawi, Naib Pengerusi Penyelidikan dan Fatwa Eropah berkata :-
Pilihanraya pada zaman sekarang, adalah cara (wasilah) rakyat melakukan pemilihan wakil yang mereka persetujui didalam hal-ehwal pemerintahan dan pentadbiran negara.
Ini bermakna pilihanraya menjadi satu keperluan kepada kebanyakkan negara Islam, dan jika wujudnya kadangkala pemalsuan yang banyak dengan kadar yang meningkat atau menurun mengikut sistemnya, maka ia akan meluaskan lagi kezaliman dikalangan rakyatnya.
Dari sudut realiti : Sudah pasti wujudnya pihak berkuasa yang memerintah negara, samada ia datang dari cara pilihanraya atau penggulingan kuasa atau warisan atau dengan cara yang lain.
Dari sudut syariah : Jika orang Islam dibenarkan memberi pandangan mereka melalui pemerintahan, maka adalah menjadi kewajipan keatasnya memilih pihak berkuasa Islam yang memerintah mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasulnya. Maka jika dia bukanlah dari calon yang menyeru kearah itu, maka hendaklah memilih yang paling baik dikalangan mereka, dan jika tidak menjumpai, maka hendaklah memilih yang paling sedikit kemudharatan. Dengan ini, keengganan memberikan pandangan dan menyertai pilihanraya tidaklah betul, sehinggalah mengakibatkan tidak terdapat calon Islam disana. Sesungguhnya keengganan (tidak menyertai pilihanraya) tersebut akan membawa kepada calon yang lebih banyak kemudharatan keatas Islam dan umat Islam dipilih. Hukum ini dibina dari kaedah syariah yang terkenal iaitu memilih keringanan dari dua kemudharatan (اختيار أخف الضررين).
Saya (Sheikh Faisal Molawi) berpendapat bahawa penyertaan didalam pilihanraya merupakan salah satu dari jenis Jihad yang besar. Kerana sesungguhnya :-
1. Jihad merupakan satu usaha dan perkhidmatan yang besar terhadap Islam dan orang Islam, atau menolak sebahagian kemudharatan dari mereka, atau membuang sebahagian kemungkaran dari kehidupan mereka dalam kadar kemampuannya.
2. Ia merupakan jihad yang besar, dan sesungguhnya hukumnya adalah fardu pada waktu ini sebagaimana diperkatakan oleh ulama'. Keadaan Islam pada hari ini dijauhkan dari pemerintahan yang berdasarkan agama, dan Jihad yang besar diperlukan untuk merubah (reform) dan menukar pemerintahan. Dengan itu, penyertaan didalam pilihanraya merupakan wasilah (cara) kontemporari (masa kini) , dan ia berlaku didalam batasan kemampuan yang ada.
Mengenai Jemaah Islam yang tidak mahu menyertai proses pilihanraya dikatakan telah terlepas melakukan kefarduan, dan untuk mereka banyak lagi kewajiban lain yang boleh dilakukan jika mereka mahu. Akan tetapi menurut pendapat kami, mereka tidak melakukan kefarduan menyertai pilihanraya. Mereka tidak akan dapat lari dari dosa meninggalkan penyertaan pilihanraya dengan melakukan kewajiban yang lain, dan mengganti kewajiban dengan dosanya, sebagaimana firman Allah :
وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ
"Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung. " - [Al-Anbiyaa' : 47.]Wallahu'alam
sumber : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528620942
2 comments:
mohon copy & paste untuk disebarkan..
Silakan, jika ia bermunafaat.
Post a Comment