Sunday, February 24, 2008

Protes di hadapan Kedutaan British di Qatar
DOHA : Penyokong Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengadakan demonstrasi berdiri diluar Kedutaan British di Doha pada hari Rabu (20-02-2008) bagi memprotes penolakan visa perubatan kepada Ulama' ini. Salah satu bannernya berbunyi : (مستر براون: لماذا ترفضون التسامح والحوار؟) "Mr Brown : Kenapa anda menolak toleransi dan dialog?". Mereka terdiri dari 400 orang penunjuk perasaan.

Peguam Najib al-Nuami, bekas Menteri Kehakiman yang bertindak sebagai wakil al-Qaradhawi telah menyampai surat protes kepada Claire Evans, Timbalan Ketua misi British.

Surat tersebut meminta Kerajaan British menimbang semula keputusan yang tidak adil dan bersalahan dengan undang-undang untuk menolak visa al-Qaradhawi. Demonstrasi tersebut dibawah kawalan pihak Pois dan mereka menamakan diri mereka (مستر براون: كلنا قرضاوي) "Mr Brown : Kami semua penyokong al-Qaradhawi".

Evans memberitahu Nuami bahawa "Kami berpuas hati dengan demonstrasi yang aman hari ini, dan kami akan sampaikan maklumat ini kepada London".

Al-Nuami menyoal : Apakah Britain dan Eropah akan terima jika orang Kristian ditegah dari memasuki Qatar untuk menghadiri mesyuarat di Kereja Baru?

Seorang pendakwah Qatar, Syeikh Mohiddin al-Qaradaghi memberitahu bahawa kerajaan British telah mengambil tindakan yang tidak adil dan ini akan memberi kelebihan pada puak-puak ekstrimis di kedua-dua pihak.

Salah seorang penganjur, Ibrahim al-Deeb berkata bahawa protes ini juga ditujukan kepada kerajaan-kerajaan Arab dan ulama' Syiah yang tidak memberi sebarang sokongan didalam kes kerajaan British menyentap ulama' Sunni, al-Qaradhawi.

Berita penuh : http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=5811&version=1&template_id=116&parent_id=114

No comments: