(القرضاوي: الاحتفال بالمولد النبوي ليس بدعة )
Laman al-Qaradhawi (19-03-2008)
Berkata Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi :-
Disana merupakan sejenis sambutan yang kita benarkan dan menganggap ia amat berguna kepada Islam. Kita tahu bahawa sahabat Nabi :saw tidak menyambut kelahiran Nabi :saw, tidak juga menyambut penghijrahan Nabi :saw ataupun Perang Badr, Mengapa?
Kerana mereka menyaksikan sendiri peristiwa-peristiwa tersebut bersama Nabi :saw, dimana peristiwa tersebut sentiasa berada didalam hati dan minda mereka.
Sa'd ibn Abi Waqas berkata bahawa mereka gemar bercerita kepada anak-anak mereka mengenai peperangan Rasulullah :saw sebagaimana mereka gemar mengajar mereka al-Quran. Maka mereka biasa mengingatkan anak-anak mereka tentang peristiwa Perang Badr, Perang Uhud, Perang Khadaq, Perang Khaibar, peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa hayat Nabi :saw sehinggakan mereka tidak perlu mengadakan sambutan.
Walaubagaimana pun, generasi yang kemudian telah lupa akan sejarah kegemilangan dan kepentingannya. Maka sambutan seperti itu perlu diadakan dengan tujuan mengembalikan ingatan kepada peristiwa besar tersebut dan nilai-nilai yang dapat kita pelajari dari mereka.
Malang sekali, sambutan tersebut dimasukkan unsur-unsur bid'ah, dimana tujuan asalnya adalah mengingatkan manusia mengenai penghidupan Nabi :saw dan dakwahnya. Sebenarnya, menyambut kelahiran Nabi bermakna menyambut kelahiran ISLAM. Sambutan sedemikian bermaksud mengingatkan manusia bagaimana penghidupan Nabi :saw.
Firman Allah swt :-
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Dengan menyambut Hijrah Nabi :saw, kita hendaklah mengajar manusia erti nilai, seperti nilai 'pengorbanan'. Pengorbanan Ali ra. yang tidur didalam tempat Nabi :saw pada malam penghijrahan, pengorbanan Asma' yang mendaki Jabal Thawr, Kita hendaklah mengajar mereka merancang, sebagaimana Nabi :saw merancang didalam hijrahnya, dan bagaimana meletakkan kepercayaan yang bulat pada Allah sebagaimana Nabi :saw melakukannya keatas Abu Bakr semasa dia berkata : Kita boleh dilihat dengan mudah. Nabi :saw menjawab : Ya Abu Bakr! Apakah pendapat anda mengenai DUA apabila Allah yang KETIGA? Jangan kamu bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita.
Kita memerlukan semua pengajaran ini dan sambutan seperti ini merupakan pengembalian pelajaran-pelajaran dan nilai ini. Saya [al-Qaradhawi] berpendapat bahawa sambutan ini, jika dilakukan dengan cara yang betul, akan menjadikan tujuan yang besar, mengajak orang Islam lebih dekat kepada ajaran Islam dan kepada sunnah dan penghidupan Nabi :saw.
sumber : http://www.qaradawi.net/site/topics/printArticle.asp?cu_no=2&item_no=5852&version=1&template_id=130&parent_id=17
1 comment:
You have a rather interesting blog.
Post a Comment