Saturday, September 30, 2006

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Selamat datang ke blog kaminms. Ia merupakan himpunan dan paparan artikel dan celoteh saya yang kemungkinan pernah dipaparkan al-ahkam.net. Moga-moga catatan-catatan yang tidak sebeberapa ini dapat mencetuskan kenangan ataupun minda bagi kita bersama.

Andai kata catatan atau artikel ini tidak sama dengan pegangan anda, renungilah dengan fikiran terbuka. Kemungkinan ada ruang-ruang yang masih boleh menerima perbezaan pendapat ini. Peganglah atas apa yang anda yakini berdasarkan nas-nas yang jelas. Usahlah berpegang pada pendapat-pendapat yang rapoh, yang hanya didasari oleh andaian-andaian yang tidak boleh dipertanggung jawabkan.

Akhir kata, kalau ada apa jua catatan-catatan didalam blog ini yang mempunyai sebarang kesalahan dan kecatatan, saya memohon ma'af diatas kelemahan dari pihak saya. Andai kata juga kalau ada catatan-catatan yang menghiris hati anda, anggaplah bahawa anda tidak pernah membacanya, dan saya memohon ma'af.

Sekian, wassalam

No comments: