Etika mengakses internet jiran melalui WiFi terbuka
Konsep dunia tanpa sempadan dengan berkembangnya teknologi atas talian (online) merupakan satu fenomena yang tidak dapat kita nafikan pada dasawarsa ini. Teknologi capaian internet yang bermula dengan komunikasi berwayar sepertimana yang dimulakan oleh TM.NET, Malaysian Online, Jaring sehinggalah kepada penggunaan jalur lebar (broadband) melalui hotspots, WiFi, 3G yang menawarkan perkhidmatan internet tanpa wayar. Dengan adanya rangkaian jalur lebar seperti TM Streamyx, Unifi, dsb, terdapat banyak sekali pihak-pihak tertentu menawarkan perkhidmatan internet tanpa wayar secara percuma kepada pelanggannya, seperti perpustakaan-perpustakaan, Kopitiam, Starbucks, Coffee Beans, dsb.
Penggunaan Wifi tidak terhad kepada tempat-tempat yang dikunjungi orang awam sahaja, malah teknologi ini juga turut di gunakan di premis-premis kediaman,dimana seisi keluarga dapat menikmati perkongsian jalur lebar didalam mengakses internet. Akses melalui WiFi ini bukan sahaja terhad kepada komputer sahaja, malah banyak sekali peranti-peranti seperti talipon pintar, tablet, dsb yang telah dibekalkan dengan keupayaan WiFi. Ini mempertingkan lagi pencapaian jalur lebar dari kalangan pengguna internet.
Namun begitu, tidak ramai yang peka bahawa penggunaan “WiFi akses terbuka” ini tidak semuanya “legal” atau “halal” dari segi penggunaannya. Tempat perniagaan seperti Kopitiam, StarBucks, Coffee Beans, Supermarket, dsb menghad penggunaan WiFi internet ini hanya kepada pelanggan mereka sahaja. Begitu juga dengan Wifi yang dipasang di kawasan kediaman, dihadkan hanya kepada keluarga dirumah sahaja, walaupun aksesnya terbuka. Bayangkan keluarga mereka membelanjakan lebih kurang RM250 sebulan bagi menikmati capaian internet berkelajuan tinggi, akan tetapi akibat WiFinya telah dikongsi oleh jiran atau mereka yang berada disekitarnya, capaian kepada internet dan kadar muat turun telah mengalami pengurangan!
Bayangkan rumah seseorang yang tidak berkunci, dikunjungi oleh orang yang tidak dikenali tanpa mendapat kebenaran dari tuan rumahnya? Apakah perasaan tuan rumah tersebut? Apakah tindakan yang akan dilakukan? Sudah tentu orang tersebut boleh didakwa memasuki presmis tanpa kebenaran; unauthorized access, atau menceroboh! Inikan lagi orang yang memasuki rumah itu menggunakan barangan yang ada didalam rumah tersebut.
Dari segi aspek undang-undang juga, terdapat beberapa akta yang diperuntukan bagi membolehkan seseorang itu di bawa ke meja pengadilan. Misalnya di Amerika Syarikat pada tahun 2007, seorang lelaki di Michigan telah didapati bersalah kerana menggunaan Wifi hotspot sebuah Kafe dari dalam keretanya, pada tahun 2006 pula David Kauchak (Illinois) telah didenda kerana menggunakan WiFi sebuah agensi tempatan, dan begitu juga pada tahun 2005 seorang lelaki dari Florida didakwa kerana menggunakan WiFi internet jiran tanpa izin.
Dinegara jiran Singapura, pada tahun 2006, Garyl Tan Jia Luo, 17 tahun, merupakan orang pertama didakwa dibawah Akta Penyalahgunaan Komputer, kerana menggunakan internet WiFi jiran tanpa izin, dimana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman 3 tahun penjara dan juga 10,000 Dollar SIN. Sepanjang tahun 2007, terdapat sejumah 11 orang telah didakwa menggunakan WiFi tanpa izin di UK.
Di Malaysia, wujud Akta Jenayah Komputer 563 tahun 1997 yang menjelaskan berkenaan dengan “pencapaian tanpa kuasa” didalam 3(1), 4(1) dan juga dibawah bab “komunikasi salah” 6(1) yang boleh disabitkan kesalahan mengkases “komputer” tanpa kuasa atau tanpa izin, dimana komputer juga didefinasikan sebagai “….. kemudahan komunikasi yang berkaitan secara langsung dengan atau dikendali bersama dengan suatu peranti atau sekumpulan peranti tersaling sambung atau yang berkaitan”. Maka akses kepada peralatan WiFi juga termasuk didalam definisi komputer. Cuma di Malaysia, belum ada kes kedengaran melibatkan tentang mengakses internet tanpa izin atau tanpa kuasa atau beritanya tidak popular.
Namun demikian, kes-kes yang melibatkan “piggy back” signal WiFi masih lagi diperdebatkan samada ianya boleh dicaj sebagai pencapaian tanpa kuasa kerana WiFi yang diaskes itu tidak langsung menghalang pengguna untuk menggunakannya. Keadaannya juga berbeza diantara satu negara dengan negara yang lain.
Walau bagaimanapun, berbalik kepada kes masuk kerumah orang tanpa izin walau tidak berkunci pun sudah dianggap sebagai menceroboh, maka secara etikanya menggunakan WiFi seseorang sudah tentu dianggap sebagai perbuatan yang tidak etika. Malah, impaknya sangat jelas, melambatkan akses dan mengurangkan lagi peruntukan muat turun talian tersebut, dan tuan rumah tersebut dikenakan bayaran diatas penggunaan jalur lebar tersebut. Disinilah letaknya kesalahan menggunakan harta orang lain tanpa sebarang kebenaran.
Fatwa penggunaan WiFi
Permulaan fatwa berkenaan dengan mengakses internet jiran tanpa izin ini kita dapati ulama-ulama seperti Shiekh Haani al-Jabir, Sheikh Muhamnmad Soleh al-Munajjid, dsb mengharuskan perbuatan tersebut. Sheikh Haani al-Jabir berhujah dengan mengatakan :
لأن ترك شبكة الاتصال بدون تأمين هو في حقيقته إباحة
“Sesungguhnya membiarkan rangkaian (network) komunikasi tanpa meletakkan ciri-ciri keselamatan (without securing it) pada hakikatnya adalah satu keharusan (atau satu keizinan) kepada sesiapa yang ingin memunafaatkan rangkaian ini”.
Tidak meletakkan halangan atau password merupakan satu “kebenaran” kepada kegunaannya. Namun demikian, kedua-dua sheikh ini meletakkan syarat, bahawa tidak wujud “password hacking”, kemudharatan; termasuklah melambatkan rangkaian, melibatkan kos, dsb.
Bagi rangkaian WiFi “public access” yang dikendalikan oleh syarikat telekomunikasi misalnya, kos dan bandwidth tidak menjadi permasalahan bagi mereka. Namun demikian, bagi pelanggan jalur lebar individu, misalnya jenama Unifi yang di pasarkan oleh Telekom Malaysia, langganannya melibat had-had muat turun (downloading) dan juga had batasan bandwidth. Seseorang itu akan diperuntukkan had saiz muat turun untuk sebulan yang boleh dilakukan. Begitu juga dengan aspek “bandwidth”, ianya akan di kongsi dengan seisi keluarga didalam rumah tersebut. Jika dilihat dari aspek kemudharatan keatas tuan rumah, sudah tentu pengguna-pengguna tanpa izin ini sedikit sebanyak akan mengurangkan “bandwidth” dan juga saiz muat turun fail pemilik internet tersebut. Apabila dilihat dari syarat-syarat fatwa diatas, sudah tentu “piggy back” kepada rangkaian jiran tidak dibenarkan melainkan mendapat keizinannya.
Fatwa yang dikeluarkan oleh badan-badan tertentu seperti Majlis Fatwa Jordan dan Majlis Fatwa UAE jelas tidak membenarkan penggunaan jaringan tanpa wayar yang diakses dari rangkaian internet jiran tanpa keizinannya. Kedua-dua badan fatwa ini berhujah dengan menggunakan hadith :
لا يَحِلُّ مَالُ امْرِئٍ إِلَّا بِطِيبِ نَفْسٍ مِنْهُ
"Tidak halal harta seorang melainkan dengan kesukaan (kerelaan) hatinya sendiri. "(Hadith Riwayat Ahmad)
كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ
“Setiap muslim ke atas muslim yang lain haram baginya menumpahkan darahnya, mengambil hartanya dan mencabul kehormatannya." (Hadith Riwayat Muslim)
Malah badan Fatwa UAE didalam mengulas situasi “pemiliknya tidak meletakan kata kunci (password) keatasnya, maka ini menunjukkan mereka tidak kisah orang menggunakannya”, menjelaskan : Akan tetapi pada realitinya, seseorang itu mungkin tidak meletakkan pertahanan / halangan keatas peranti hubungan tanpa wayarnya, mungkin disebabkan dia tidak tahu (jahil) bagimana melakukannya, atau dia tidak tahu orang lain boleh menggunakannya, atau atas sebab kealpaan/lalai atau kemalasan. Ketahuilah bahawa duit atau harta seseorang Muslim itu tidak boleh diambil melainkan dengan keizinan tuannya”
Fatwa ulama’ Jordan menegaskan bahawa mereka yang didapati telah menggunakan WiFi jiran kendaklah memohon maaf kepada jiran tersebut dan disamping itu memohon keampuan dari Allah swt dan bertaubat dari dosa perbuatan tersebut.
Fatwa ini melihat konteks yang lebih luas dimana penggunaan WiFi jiran atau orang perseorangan itu sebenarnya memberi impak kepada tuan punya akses internet itu sendiri, baik dari segi wang ringgit dan juga prestasi rangkaiannya, dimana terpaksa berkongsi “bandwidth” dengan pendatang-pendatang yang tidak dikenali.
Imam Masjid Ibaraki di Osaka, Jepun, Mohsen Shaker Bayoumy didalam Fatwa yang dikeluarkan di Laman Persatuan Pelajar Islam Jepun (MSAJ) menyatakan bahawa umat Islam hendaklah menunjukkan contoh baik dari segi amanah, mematuhi perjanjian dan akhlak yang baik. Apabila seseorang Islam itu mempunyai akhlak-akhlak yang sedemikian, maka ini yang menyebabkan ramai orang-orang kafir tertarik kepada Islam. Imam tersebut menegaskan bahawa tidak dibenarkan untuk mendapatkan akses internet secara ini dengan percuma dengan alasan seperti mengelak dikenakan bayaran, atau apa cara sekalipun, kerana ia melibatkan pembohongan, penipuan dan mengambil harta orang secara tidak halal.
Didalam dunia serba moden, dengan adanya teknologi tanpa sempadan dan lambakan peranti-peranti yang dibekalkan keupayaan WiFi secara tidak langsung juga memperlihatkan betapa mudahnya dosa “penipuan” dilaku oleh orang-orang awam tanpa mereka sendiri mengetahui bahawa itu adalah perbuatan yang salah! Kadar jenayah penggunaan WiFi tanpa izin ini berlaku pada awal implementasi rangkaian internet WiFi sekitar tahun 2005 dan tidak kelihatan kes-kes ini pada tahun 2010 keatas. Ini berkemungkinan di akibatkan oleh masyarakat telah matang dari segi etikanya atau peningkatan kadar kesedaran pemilik rangkaian terhadap “secured access” dan had-had kebenaran yang boleh dikonfigurasikan oleh mereka sendiri. Syarikat-syarikat seperti Telekom Malaysia melalui jenama Unifi telah mengimplementasikan “secured access” kepada pelanggan secara otomatis. Namun demikan, kesedaran yang sangat penting didalam diri seseorang Islam, bukanlah hanya bergantung kepada Akta atau teknologi "keselamatan" yang wujud, akan tetapi etika dan akhlak Islamiyyah yang jitu, misalnya akhlak menghormati harta dan wang ringgit yang dimiliki oleh orang lain adalah benteng terbaik seorang Muslim. WA.
Sekian, wassalam
kamin, 3hb Oktober 2012
======================
Rujukan :
1. Bradley Mitchell. “Is It Legal to Use Open Access Wi-Fi Internet Connections?”.
URL : http://compnetworking.about.com/od/wirelessfaqs/f/legal_free_wifi.htm
2. John Leyden. “Singapore teen faces jail for 'stealing' neighbour's Wi-Fi”.
URL : http://compnetworking.about.com/gi/o.htm?zi=1/XJ&zTi=1&sdn=compnetworking&cdn=compute&tm=1516&gps=355_324_1020_504&f=10&tt=12&bt=1&bts=1&zu=http%3A//www.theregister.com/2006/11/13/singapore_teen_war_driving_charges/
3. Jane Wakefield. “Wireless hijacking under scrutiny”.
URL : http://newsvote.bbc.co.uk/mpapps/pagetools/print/news.bbc.co.uk/2/hi/technology/4721723.stm
4. Pihak Berkuasa Umum Hal Ehwal Islam dan Waqaf UAE. Fatwa no : 1113 (30 Jan 2008) - استخدام انترنت الجيران
URL : http://www.awqaf.ae/Fatwa.aspx?SectionID=9&RefID=1113
5. ما حكم استخدام شبكة الواي فاي من الجيران - الشيخ محمد صالح المنجد ( WiFi )
URL : http://archive.org/details/monajed-fatwa
6. رأي الشيخ هاني الجبير في استخدام الانتر نت دون علم صاحبه
URL : http://ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=170779
7. Mohsen Shaker Bayoumy. “Fatwa Center #7 (MSAJ)”
URL : http://msaj.info/fatwa-center-7/
8. Pejabat Fatwa Jordan. حكم استعمال منافع الآخرين دون علمهم . 2012.
URL : http://www.aliftaa.jo/index.php/fatwa/show/id/2346
9. Kerajaan Malaysia. "Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563) - versi atas talian"
URL : http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%2012/Akta%20563%20-%20Akta%20Jenayah%20Komputer%201997.pdf

2 comments:
La.. Ingatkan nak ajar macam mana menggunakan WiFi jiran tanpa mengganggu quota dan bandwidthnya :p
Syukran syaikh!
Afwan.... Terima kasih kerana sudi berkunjung.
Post a Comment