Aku kini bergelar Tuan Haji
Setiap tahun, ribuan umat Islam membanjiri Tanah Suci Makkah menunaikan ibadat Haji dengan harapan memperolehi Haji mabrur dan agar diterima ibadat mereka diterima Allah swt. Coretan blog kali ini bertujuan mengimbas kembali natijah utama yang diperolehi oleh jemaah Haji setelah tamat menunaikan Haji yang disesuaikan dengan buku karangan Imam Abu Farj Abdul Rahman al-Jauzi (w597H) yang berjudul Talbisu Iblis.
Selepas tawaf rukun dan amalan Saie selesai dilaksanakan, ada seorang sahabat menemui seorang jemaah Malaysia yang berasal dari Sabah kelihatan seperti seorang yang kehilangan sesuatu. Apabila sahabat ini bertanya kepada beliau, lalu dia berkata : “Bila lagi kita akan digelar HAJI?”. Sahabat tadi menjawab : “Kitakan sudah selesai Haji, dan kitapun telah bertahallul tadi”. Jemaah itu bertanya lagi : “Maksud saya, ada ke majlis penganugerahan gelaran HAJI itu?”. Maka tersenyumlah sahabat tadi, lantas menjelaskan keadaan reality sebenar ibadat Haji.
Gelaran “HAJI” atau “al-Haj” ini amat signifikan pada setengah orang. Ada yang begitu sensitif jika orang tidak memanggilnya dengan gelaran Tuan Haji atau Puan Hajjah. Kalau nak diikutkan logik akal, Nabi :saw pun tidak dipanggil dengan gelaran Haji Muhammad atau Muhammad al-Haj, begitu jugalah sahabat baginda :saw. Perkara ini pernah ditegur oleh Ibn Jauzi rh dimana beliau menyelar jemaah yang pulang dari menunaikan Haji ingin bergelar “Tuan Haji” atau “al-Haj”. Ibn Jauzi mengatakan bahawa mereka ini telah diperdaya oleh Iblis dengan gelaran tersebut.
Ibn Jawzi rh menyatakan bahawa Iblis telah memperdaya mereka dengan imbuhan gelaran al-Haj, akan tetapi Iblis melalaikan mereka dari kesempurnaan ibadat taharah, solat, dimana hati dan mereka kotor, lalu mereka berhimpun dihadapan ka’bah. Iblis memperdayakan mereka dengan memperlihatkan amalan badaniyah sedangkan tujuan ibadat Haji itu adalah mendekatkan diri dengan Allah swt.
Ada juga dikalangan jemaah Haji yang begitu berbangga dengan bilangan Haji yang telah dia lakukan. Disana ada yang berkata “Aku telah melakukan sebanyak 20 kali Haji”. Akan tetapi berapa ramai dikalangan mereka yang telah menetap di Mekah, akan tetapi hati mereka tidak pernah dibersihkan. Alangkah malang lagi, mereka tidak pernah memikirkan perkara tersebut (pembersihan hati). Apa yang mereka risaukan adalah poket mereka berisi ataupun tidak.
Iblis juga melontarkan kedalam jiwa-jiwa mereka agar mereka melakukan bid’ah semasa melakukan ibadat Haji seperti memasukkan perkara yang tidak ada kena mengena dengan ibadat Haji. Perbuatan-perbuatan seperti membasuh batu yang dikutip sebelum melakukan ibadat melontar, membayangkan amalan merejam syaitan semasa melontar Jumrah, menadah air yang turun dari pancur emas (di Ka’bah), malahan ada dikalangan jemaah yang mengamalkan fadhilat khas iaitu Umrah 7 kali menyerupai satu kali Haji. Maka kelihatan al-Haj akan berebut-rebut menunaikan Umrah sunnat sekurang-kurangnya 2 kali sehari kerana ingin mendapatkan fadhilat 7 kali Umrah bersamaan dengan 1 kali pahala Haji.
Kesimpulan yang dapat kita ambil adalah, gelaran “Haji” atau “al-Haj” itu sendiri merupakan dugaan permulaan apabila jemaah kita pulang menjejak kaki di negeri masing-masing. Jangan hanya asyik memotong queue kuota ribuan jemaah yang ingin menunaikan Haji buat pertama kali semata-mata kerana ingin berbangga dengan jumlah ibadat Haji yang ditunaikan. Ukurlah amalan Haji kita dengan amalan yang berqualiti berdasarkan al-Quran dan sunnah, dilakukan dengan penuh keikhlasan kerana Allah swt. WA.
(rujukan - Ibn al-Jauzi. Talbisu Iblis. Kaherah : Daar al-Hadith, 1995. ms 150)
2 comments:
Salam, syeikh kamin..
Artikel menarik dan bermanfaat. Pasal gelaran haji, ana teringat sebuah buku pasal haji sebut: antara kelebihan haji ialah sesiapa yg mengerjakannya dapat digelar 'haji'. Orang yang sembahyang, puasa, zakat tak ada gelaran khas. Hmmm... macam-macam skrg ni, ye.... :)
wa'alaikumussalam
Saya teringat bab ini di buku Ibn Jauzi rh dan bila baca artkel ustaz psl melontar Iblis, terasa nak nak menulis pasal gelaran Haji.
Post a Comment