Ruqyah
Kanser Payudara
Ini
merupakan catatan kisah bagaimana terbitnya slide Ruqyah terhadap pesakit
kanser payudara dan juga kanser paru-paru. Kami mempunyai seorang sahabat yang
sangat kental jiwa dan tidak mudah mengalah didalam apa-apa assignment yang
diberikan kepadanya. Beliau merupakan seorang wanita yang rajin dan berdedikasi.
Tahun 2018
beliau telah di diagnos mengidap kanser payudara. Cuma beberapa orang sahaja
di pejabat beliau yang tahu akan keadaan beliau. Walaupun di diagnos mengidap
kanser payu dara awal tahun 2018, beliau masih gigih bekerja tanpa menunjukkan
reaksi sakit. Saya pernah tanya beliau, ok ke memandu kereta ke pejabat? Beliau
hanya menjawab, ok, Cuma bila memandu dalam jem, belakang beliau akan rasa
sakit. Dari situ kami dapat meneka bahawa kanser beliau telah mula serius.
Pertengahan
bulan November 2018 beliau sudah mula tidak pergi ke pejabat lagi kerana
menumpukan perhatian pengubatan kanser beliau. Beliau tidak mampu lagi memandu
kereta sendiri. Kami juga sempat melawat beliau pada hujung bulan November 2018
di rumahnya. Masa itu baru kami tahu bahawa beliau sangat sukar untuk memakai
baju, kerana pergerakan tangan itu menyakitkan beliau. Setiap pagi apabila
hendak bangun dari tidor, dia akan menangis kerana pergerakan itu sangat
menyakitkan.
Pada 9
Disember 2018 saya mendapat mesej whatsapp dari beliau seperti berikut;
Saya
ingatkan link youtube ini hanyalah terdiri dari beberapa surah dan mudah untuk
saya jejak dari surah mana ayat-ayat tersebut. Namun apabila melihat durasi
audio ini memakan masa selama 1jam 2minit 37 saat, saya pun mesej kepada beliau
bahawa saya memerlukan masa sedikit untuk mendengar bacaan ruqyah ini
dan mencari surah mana didalam mushaf.
Pada 12
Disember 2018 berbekalkan ear phone dan al-Quran cetakan Madinah, saya mula
mengamati bacaan ruqyah dan mencari dari surah mana dan ayat berapa surah
tersebut. Agak mencabar juga kerja-kerja ini, kerana ia melibatkan mendengar
bacaan dan mencari ayat-ayat ini didalam mushaf. Qari bacaan tersebut adalah Sheikh
Khalid Al-Habashi. Shiekh memulakan doa dan pada minit ke 18 barulah beliau
membaca ayat-ayat al-Quran dari beberapa surah. Pada hari pertama itu saya
dapat mencari ayat-ayat yang Qari baca sehingga minit ke 25:21 jam 5:39pm dan membuat catitan tulisan tangan diatas
kertas.
Ketika itu pula saya mempunyai beberapa urusan yang perlu
diselesaikan segera yang membantutkan pencarian ayat-ayat Ruqyah tersebut. Pada
20 Disember 2018, jam 6:33pm saya telah
mendengar audio tersebut sehingga ke minit 35:22. Catitan-catitan itu telah
saya masukkan kedalam powerpoint agar ia lebih mudah untuk di baca.
Keesokkannya pula (21 Disember 2018) saya dapat menghasilkan 2 versi slide yang
berakhir pada minit 39:59 dan 45:45. Kedua-dua versi ini walaupun belum
sempurna lagi, saya telah hantar kepada beliau melalui whatsapp.
Pada 21 Disember 2018, saya menerima mesej dari suami beliau bahawa
tulisan-tulisan slide itu kecil kerana pada waktu itu mata beliau telah mula
kabur. Saya cadangkan agar kita akan print slide tersebut dalam format
landscape agar tulisan itu mudah di baca. Suami beliau juga memberitahu kami bahawa
konsidinya sudah mula menurun dan mereka sekarang berada di Hospital Tropicana.
Menyedari keadaan beliau yang semakin tenat, saya pun mula
mempercepatkan kerja-kerja mengenal pasti ayat-ayat tersebut. Dalam hati kecil
saya, harap-harap saya dapat menyelesaikan kerja-kerja ini semasa beliau masih
hidup. Dalam masa yang sama, saya perlu menemankan isteri saya ke luar negara
pada 23 Disember hingga 31 Disember. Alhamdulillah, pada hari yang sama (21
Disember 2018), saya dapat menyelesaikan kerja-kerja tersebut jam 9:14pm dan
sempat menghantar slide tersebut kepada suaminya. Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir
pada 6 Januari 2019 di Hospital Putrajaya. Harapan saya, sesiapa sahaja yang
membaca slide ini dapatlah mendoakan keatas roh beliau (Puan Suzana Bee) agar
beliau di ampuni dan di rahmati oleh Allah swt.
Berikut adalah pautan slide Ruqyah tersebut.
https://drive.google.com/file/d/1RjVJr0fBPt59PC1wbYB5hykLi0LGiQVM/view?usp=sharing
Link youtube bacaan Ruqyah :
Link youtube bacaan Ruqyah :
19 Jan 2020
BookXcess, cyberjaya