Membaca al-Quran di kubur
Barangkali ramai yang agak pelik mengenai perbuatan membaca al-Quran ditas kubur. Sebahagian dari kalangan kita yang menolak amalan ini dengan alasan perbuatan itu ada bid'ah. Pernah satu ketika, Tuan Guru Dr Haron Din pernah di tanya mengenai hal ini,
Penyoal : TG Dr Haron Din, apakah hukum membaca al-Quran diatas kubur?
TG Haron Dr Din menjawab dengan soalan : Apakah hukumnya membaca surat khabar diatas kubur?
Penyoal : Sudah tentu harus.
TG Dr Haron Din : Kalau surat khabar hukumnya harus, maka lebih-lebih lagi membaca al-Quran, sudah tentu dibenarkan di atas kubur.
Kemungkinan ada yang menolak dalil ini berdasarkan kepada logik semata-mata. Kenyataan TG Haron Din tadi sudah tentu tersurat dalil dan contoh-contoh ulama' silam yang membenarkannya. Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691h - 751h) pernah menulis dengan panjang lebar hukum ini dalam kitab al-Roh dalam bab awal; bab : Apakah orang-orang mati mengetahui kedatangan (ziarah) orang hidup dan memberi salam kepada mereka? Antara contoh menarik didalam petikan ini ialah bacaan surah al-Mulk dan surah Yasin. Berikut adalah petikannya :
"Telah berkata Al-Hasan bin Al-Sabbah Al-Za’farani : Aku pernah bertanya kepada kepada Imam Syafi’i rh. mengenai membaca al-Quran diatas kubur : Beliau menjawab : Tidak mengapa!
Al-Khalal telah menyebutkan dari Al-Sya’bi, katanya : Adalah Kaum Anshar, apabila mati seseorang diantara mereka, senantiasah mereka mendatangi kuburnya denganb membaca sesuatu daripada Al-Qur’an.
Telah berkata (Al-Sya'bi), telah dikhabarkan kepadaku (Al-Sya’bi) oleh Abu Yahya An-Naqid, katanya aku telah mendengar Al-Hasan bin Al-Haruri berkata : Aku telah mendatangi kubur saudara perempuanku, lalu aku membacakan disitu Surah Tabarak (Al-Mulk), sebagaimana yang dinyatakan. Kemudian datang kepadaku seorang lelaki dan katanya : Aku melihat saudara perempuanmu dalam mimpi, dia berkata : Moga-moga Allah memberi balasan kepada Abu Ali dengan segala yang baik. Sungguh aku mendapat munafaat dari bacaannya itu.
Telah memberitahuku Al-Hasan bin Haitsam, katanya aku mendengar Abu Bakar bin Athrusy berkata : Ada seorang lelaki datang ke kubur ibunya pada hari Jumaat, kemudian ia membaca surat Yasin disitu. Bercerita Abu Bakar seterusnya : Maka aku pun datang kekubur ibuku beberapa hari dan membaca surah Yasin, dan mendo'a : Ya Allah Ya Tuhanku! Kalau memang Engkau memberi pahala/kebaikkan kepada orang yang membaca surah ini, maka jadikanlah pahala itu keatas sekalian ahli kubur ini!
Tatkala tiba hari Jumaat berikutnya, dia telah bertemu seorang wanita lalu wanita itu bertanya : Apakah kau fulan anak si fulanah itu? Jawab (Abu Bakar) : Ya! Berkata wanita itu lagi : Anak perempuanku telah meninggal dunia, lalu aku bermimpikan dia datang duduk diatas kuburnya. Maka aku bertanya : Mengapa engkau duduk disini? Jawabnya : Si fulan anak fulanah itu telah datang ke kubur ibunya membacakan Surah Yasin, dan dijadikan pahalanya untuk ahli kubur seluruhnya. Maka aku pun telah mendapat kesan daripadanya, dan di ampuni dosa kami, dan sebagainya." (lihat al-Roh, muka surat 27 cetakan Syarikat Darul Arqam bin Abu al-Arqam, Lubnan.)
Jelas petikan didalam kitab al-Roh ini menggambarkan para-para salaf membaca al-Quran di kubur, yang juga menjadi amalan ulama' silam Nusantara. Malah didalam petikan awal didalam muka surat ini, Imam Ahmad bin Hanbal pernah menegur seorang buta membaca al-Quran diatas kubur. Setelah Muhammad bin Qudamah al-Jauhari membacakan wasiat Ibn Umar ra. mengenai membaca permulaan surah al-Baqarah dikepalanya semasa di kubur kelak. Mendengar kenyataan ini, maka Imam Ahmad berkata kepada Muhammad bin Qudamah : Maka aku tarik balik (perkataanku), suruhlah lelaki (buta) itu membacanya.
wallahu'alam
kamin, al-ahkam.net
16 Dis 2017, Dubai.

وقال الحسن بن الصباح الزعفراني سألت الشافعي عن القراءة عند القبر فقال لا بأس بها وذكر الخلال عن الشعبي قال كانت الأنصار إذا مات لهم الميت اختلفوا إلى قبره يقرءون عنده القرآن قال وأخبرني أبو يحيى الناقد قال سمعت الحسن بن الجروى يقول مررت على قبر أخت لي فقرأت عندها تبارك لما يذكر فيها فجاءني رجل فقال إنى رأيت أختك في المنام تقول جزى الله أبا على خيرا فقد انتفعت بما قرأ أخبرني الحسن بن الهيثم قال سمعت أبا بكر بن الأطروش ابن بنت أبي نصر بن التمار يقول كان رجل يجيء إلى قبر أمه يوم الجمعة فيقرأ سورة يس فجاء في بعض أيامه فقرأ سورة يس ثم قال اللهم إن كنت قسمت لهذه السورة ثوابا فاجعله في أهل هذه المقابر فلما كان يوم الجمعة التي تليها جاءت امرأة فقالت أنت فلان ابن فلانة قال نعم قالت إن بنتا لي ماتت فرأيتها في النوم جالسة على شفير قبرها فقلت ما أجلسك ها هنا فقالت إن فلان ابن فلانة جاء إلى قبر أمه فقرأ سورة يس وجعل ثوابها لأهل المقابر فأصابنا من روح ذلك أو غفر لنا أو نحو ذلك